Rafizi Kantoi Menipu Mengenai Kos MRT!!

Apa la nak jadi dengan si kaki fitnah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ni…. Sudah la kantoi menipu mengenai projek tren MRT yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lepas tu dalam satu rakaman video… Rafizi mengaku pulak yang kerjanya dan pembangkang adalah untuk menghasut pemikiran rakyat agar membenci UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Eshhhh, teruk betul! Yang paling tidak boleh diterima adalah Rafizi sebelum ini melemparkan fitnah, kononnya kos pembikinan projek tren MRT telah meningkat dari anggaran asal RM37 bilion kepada RM100 bilion.

Namun begitu, pada hakikatnya projek tren MRT itu hanya dianggarkan sebanyak RM21 bilion sahaja. Bajet tersebut telah diumumkan oleh perdana menteri. Rafizi bukan sahaja menipu mengenai bajet asal projek tren MRT tersebut.

Malah Rafizi juga turut memfitnah kononnya kos perlaksanaan tren MRT tersebut telah meningkat kepada RM100 bilion. Fitnah tersebut sangat melampau dan telah mencemarkan nama UMNO dan BN… Bukan tu je, nama Najib Razak juga turut tercalar dan dituduh makan duit rakyat.

Sebenarnya kalau korang nak tahu… Rafizi ni sudah kantoi memfitnah! Projek MRT itu bukan sahaja jauh lebih menjimatkan dari kos yang difitnah Rafizi. Bahkan ia juga lebih menjimatkan daripada kos asal iaitu RM21 bilion.

Berkat usaha Najib… Projek tren MRT itu juga memberi keuntungan kepada negara, apabila mereka berjaya menjimatkan kos sebagai RM2 bilion dari bajet asal. Ini bermakna projek tersebut hanya menelan kos sebanyak RM19 bilion sahaja.

Apa lagi yang Rafizi hendak katakan?? Sudah la memfitnah… Lepas tu cuba nak hasut rakyat pulak! Pemimpin kaki fitnah seperti ini yang sepatutnya rakyat tolak! Rafizi tidak layak jadi wakil rakyat sebab kerjanya hanya memfitnah kerajaan je!! – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s