Pembangkang Perlu Belajar Erti Kesepakatan Dari BN

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri Vell Paari menasihat puak rejim pembangkang agar belajar dahulu erti sebenar persepakatan daripada Barisan Nasional (BN) sebelum membentuk pakatan yang baharu.

Belajar dengan lebih mendalam cara untuk membentuk pakatan atau kerjasama sesama parti daripada BN. Bukannya asyik membentuk pakatan yang baru tiap kali Pilihan Raya Umum (PRU). Apa yang Gomez lihat sekarang ni, tiap kali nak PRU pasti akan wujud pakatan baru dari pembangkang.

Pembangkang tidak pernah menjadi seperti BN… Sepatutnya pembangkang mengambil teladan dan contoh dari BN. Ini kerana sejak 43 tahun yang lalu, BN masih berjaya mengekalkan pakatan yang dijalin dengan 13 parti komponen secara tanpa berlaku sebarang perpecahan.

Setiap kali menjelangnya PRU… BN langsung tidak pernah menukar gabungannya…. Gabungan yang ada akan terus kekal dan bersatu sebagai satu pasukan. Tidak dinafikan dalam sesuatu hubungan, pasti akan ada perselisihan faham… Namun sebagai satu pasukan, kita harus sentiasa mendukung.

Bukan macam pembangkang… Setiap kali PRU, pasti dorang akan mengikat gabungan yang baru… Lepas je pilihan raya dan setiap kali berlaku perselisihan faham, pastinya dorang akan berpecah! Dah macam budak-budak bergaduh je Gomez tengok.

Nampak sangat agenda dan motif pembangkang bersatu hanya berlandaskan mahu menjaga periuk nasi masing-masing… Nak jaga kroni dan berlandaskan politik kekeluargaan.

Kalau macam ni la sifat sebenar gabungan pembangkang… Macam mana dorang nak memerintah negara?? Sedangkan kesepakatan antara mereka pun tidak mampu dicapai… Inikan pula nak jadi pemimpin dan pemerintah negara teratas.

Tengok sekarang ni sudah la… Calon perdana menteri dorang pun masih belum dapat putuskan. Ada patut pilih orang yang masih dalam penjara sebagai calon perdana menteri.

Haha! Apa dorang takde calon lain yang lebih layak ke? Sebab tu Gomez cakap dorang ni patut belajar banyak lagi benda dari BN. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s