Nurul Izzah Pilih Bapanya Sendiri Untuk Jadi Perdana Menteri

Menjadi persoalan buat Gomez… Siapakah gerangan yang bakal menjadi pilihan hati Pakatan Harapan untuk dijadikan sebagai Perdana Menteri. Adakah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin? Atau mungkin Penasihat DAP, Lim Kit Siang? Boleh jadi Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Namun bagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar… Beliau memilih bapaknya sendiri, Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai Perdana Menteri.

Apa yang menjadi persoalannya… Layak ke seorang banduan yang sudah dua kali dipenjarakan akibat kes yang sama, iaitu meliwat diangkat menjadi Perdana Menteri? Layak ke peliwat jadi Perdana Menteri?

Namun begitu, keputusan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri akan diputuskan dalam mesyuarat khas Pakatan Harapan yang bakal diadakan. Dalam mesyuarat tersebut, Pakatan Harapan akan membincangkan hala tuju gabungan tersebut dan akan memilih calon yang berpotensi untuk jawatan perdana menteri.

Walaupun Mahkamah Persekutuan Rabu lalu menolak permohonan semakan Anwar terhadap sabitan dan hukuman Liwat II dan akan terus dipenjarakan sehingga pertengahan 2018.

Bagi veteran DAP, Lim Kit Siang… Pakatan Harapan akan tetap memilih Anwar sebagai Perdana Menteri. Cuma sekarang ni, dorang kena pilih perdana menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan dari penjara.

Agak korang, siapa yang bakal dijadikan keldai sementara untuk Anwar?? Siapa agaknya yang akan diperkudakan untuk dijadikan Perdana Menteri sementara menunggu Anwar keluar penjara. 

Tapi persoalan yang terbesar… Mampu ke pembangkang menang pilihan raya nanti? Kalau pilihan raya pun tak menang, macam mana nak jadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s