Mahathir Kini Taksub Jadikan Belia Sebagai Boneka Politik

Senjata terbaru mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohomad kini adalah dengan menjadikan golongan belia terutama sekali golongan pelajar yang masih menuntut di universiti sebagai boneka politik.

Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu kini sedang taksub menjadikan golongan belia sebagai senjata terbaru untuk membalas dendam. Mungkin dirinya sudah tidak berapa laku dan kurang mendapat perhatian… Jadi dia mempergunakan belia sebagai alat untuk membalas dendam.

Sangat terdesak sehingga Mahathir sanggup  menulis surat kepada aktivis pelajar, Anis Syafiqah Mohd Yusof bagi menggalakkan lagi belia tersebut untuk terus ‘berjuang’ menentang kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tergamaknya Mahathir menggalakkan lagi golongan belia untuk terlibat dengan aktiviti tidak sihat menentang pentadbiran kerajaan… Apa jer yang golongan belia yang mentah tu tahu pasal politik?

Mahathir mempergunakan golongan belia bagi melindungi dirinya… Secara tidak langsung, dirinya tidak akan dikenakan tindakan. Yang terpaksa menanggung akibatnya adalah golongan belia yang terpengaruh dengan agenda busuk dan dendam Mahathir.

Korang tengok jela apa yang terjadi kepada aktivis Anis dan rakan-rakannya, setelah bersusah payah menolong Mahathir untuk menentang kerajaan. Dorang dikenakan denda sebanyak RM400 kerana penglibatannya dalam Himpunan ‘TangkapMO1’.

Bukan itu sahaja, Anis dan rakannya Mohd Luqman Hakim Fazli, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Suhail Wan Azhar digantung oleh Universiti Malaya (UM) selama satu semester dan didenda RM400.

Adakah mereka ini mendapat pembelaan dari Mahathir?? Bagaimana pula dengan Pakatan Harapan?? Adakah dorang tolong golongan belia ini untuk bayar denda??

Penat-penat je korang jadi keldai pada dorang ni tapi yang menanggung akibatnya korang sendiri. Tak pasal-pasal ganggu pelajaran akibat digantung satu semester. Berbaloi ker pengorbanan korang tu? 

Jadi jangan jadi alat kepada pembangkang untuk dorang membalas dendam pada kerajaan. Jangan jadi pelajar yang bodoh hanya kerana terpengaruh dengan agenda politik kotor dorang. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s