Mahathir Hanya Gunakan Pembangkang Untuk Dapatkan Kuasa

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ni sebenarnya bukanlah bodoh seperti yang disangka… Dalam diam-diam, dia mengatur agenda yang besar. Semua yang dilakukannya adalah bagi mengaut keuntungan.

Korang ingat Mahathir ni saja-saja ke nak bergabung dengan Pakatan Harapan bagi menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang?? Harus la tidak! Tak kan la Mahathir nak jadi keldai kepada Pakatan Harapan, kalau takde habuannya.

Mahathir berpura-pura dipergunakan Pakatan Harapan… Namun pada hakikatnya, Mahathir mempergunakan Pakatan Harapan bagi mendapatkan kuasa. Biasa la, dia ni kan gila kuasa… Kalau tidak, takdenya dia nak jadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ahli politik veteran itu sebenarnya tahu bahawa parti baharunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan mampu menang sendiri pada PRU14. Oleh itu, mereka memerlukan bantuan Pakatan Harapan.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga tahu bahawa pembangkang tidak mempunyai calon Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang. Ini kerana calon perdana menteri mereka masih lagi dalam penjara, iaitu Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadi Mahathir menggunakan kesempatan tersebut untuk menaikkan nama anaknya Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Pastinya Mahathir akan mencalonkan nama anaknya kepada Pakatan Harapan untuk diangkat sebagai pemerintah nombor satu negara.

Yela, Mahathir ni kan spesis gila kuasa… Pastinya jawatan yang pernah dipegangnya selama 22 tahun tersebut mahu diwariskan pula kepada anaknya. Namun malangnya anak dia tu tak sehebat mana dan tidak mendapat tempat di hati rakyat.

Akan tetapi… Dengar cerita Pakatan Harapan akan memilih Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon perdana menteri sementara… Bila Anwar keluar nanti… Jawatan tersebut bakal digantikan dengan Anwar. Jadi apa agaknya nasib Mukhriz dan Mahathir? Mampu ke Mahathir nak bolot semula kuasa? – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s