Gabungan Pembangkang Langsung Tiada Masa Depan – Shahidan Kassim

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menegaskan bahawa gabungan pembangkang antara Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat langsung tiada masa depan yang cerah.

Bukan sahaja tiada masa depan, malah pemeteraian memorandum persefaman (MoU) yang diadakan melalui perjanjian itu, telah membuktikan wujudnya rasa saling tidak mempercayai satu sama lain antara PPBM, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas Shahidan… Tidak mustahil akan berlaku perebutan kerusi di antara 4 parti berkenaan… Sebab tu dorang buat perjanjian MoU. Perjanjian tersebut boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan ia bukannya bersifat kekal.

Tambah pengerusi badan perhubungan UMNO Perlis itu… Tindakan tersebut secara tidak langsung melambangkan hala tuju perjuangan gabungan tersebut tidak tetap dan samar. Perkara tersebut dapat dilihat apabila PKR Selangor mengharamkan PPBM dan PAN daripada bertanding di Selangor dan Pulau Pinang.

Apa guna perjanjian jika perebutan kerusi sudah pun berlaku?? Baru je perjanjian dibuat tapi dorang dah berebut kerusi… Jadi macam takde makna jer perjanjian tu. Berlainan dengan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai hala tuju jelas, apabila membuat perjanjian berasaskan Perlembagaan.

Jadi patut ke rakyat menyokong sebuah gabungan yang kucar-kacir?? Mereka hanya berebutkan kuasa dan kerusi… Lebih mementingkan kedudukan! Perjanjian yang dibuat hanya bagi mengaburi mata rakyat kononnya mereka ini sepakat.

Lebih baik rakyat memilih kerajaan yang bersatu dan membela nasib rakyat daripada kerajaan pembangkang yang hanya mementingkan periuk nasi dan kaum kerabat mereka sahaja. Apa yang pastinya, negara tidak akan mampu membangun dibawah kerajaan yang haru biru. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s