Dulu DAP Kata BR1M Rasuah, Sekarang Lain Pulak!

Pelik sungguh!! Dahulu bukan main lagi DAP dok maki hamun Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sehingga sanggup menfitnah bantuan BR1M itu sebagai satu rasuah kepada rakyat bagi meraih undi mereka menjelang pilihan raya.

Tapi sekarang ni, bila Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hampir tiba… Senang-senang je DAP guna nama BR1M untuk mengambil hati rakyat. Dahulu bukan main benci lagi pada BR1M… Tapi kali ini dengan senang hatinya nak bantu pulak rakyat untuk dapatkan BR1M.

Memang bagus tindakan DAP ni sebab bantu orang-orang kampung dan rakyat yang tak tahu cara nak dapatkan dan daftar BR1M. Tapi apa yang menyebalkan… Kenapa fitnah BR1M yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kalau korang tahu bahawa BR1M itu sebenarnya dapat membantu meringankan beban rakyat?

Kenapa jilat kembali kata-kata korang?? Dulu bukan main lagi, kononnya BR1M ni rasuah kepada rakyat… Tapi sekarang kenapa tolong daftarkan BR1M pulak?? Adakah DAP sekarang ini cuba untuk ambil kesempatan diatas kebaikan BR1M?? Nak dapat nama mungkin!

Sebab tu la DAP sanggup membuka Pusat Khidmat DAP Kota Sentosa di Kuching, semata-mata untuk membantu rakyat membuat permohonan terhadap BR1M. Tapi takde la ramai sangat pun yang datang, cuma 50 orang je.

Pelik sungguh! DAP ni tak tahu nak fikir inisiatif lain ke, untuk menaikkan nama parti dorang sendiri?? Kenapa perlu menumpang kelebihan orang lain? Atau mungkin dorang memang dah takde cara lain untuk bantu rakyat?

Sedangkan Barisan Nasional (BN) sendiri sudah buka pusat khidmat bagi membantu golongan tersebut untuk mendaftar BR1M. DAP ni memang dari dulu lagi cakap tak serupa bikin. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s