Coco Kantoi Rampas Suami Orang!!

Selepas dikecam gara-gara slanga mat salehnya yang melampau, Coco sekali lagi mencetus kontroversi apabila didakwa merampas suami orang.

Kali ini, Coco dikatakan menjalin cinta dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai @captAzrin di akaun sosial Instagram (IG) dan bakal berkahwin dalam waktu terdekat.

Menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila @captAzrin memuat naik foto pelamin di IGnya dan meminta para pengikutnya memilih rekaan tercantik.

Perkara tersebut kemudiannya telah mencetuskan kemarahan segelintir netizen.

Mereka juga menganggap Coco sebagai seorang perampas yang berani apabila memuat naik foto di IGnya beserta kapsyen “Sentiasa ingat bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Jadi jangan salahkan aku. Sikit tak heran jika dia pergi. Come on, aku King!”

Coco turut bertindak berani apabila memuatnaik fotonya berpeluk mesra bersama seorang lelaki yang telah ditutup pada bahagian muka.

Namun ia tidak cukup untuk menyembunyikan identiti skandalnya itu kerana netizen tetap dapat mengecam @captAzrin menerusi fizikalnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s