Anugerah Puskas : Faiz Subri Dahului Peserta Lain

Jumlah penonton rakaman video jaringan ajaib pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri di laman YouTube, mencecah lebih 2 juta tontonan ketika saingan untuk Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 tinggal hanya 22 hari lagi.

Dengan pemenang akan diumumkan pada Malam Anugerah Bola Sepak FIFA, 9 Januari ini, jaringan Mohd Faiz terus mendapat sokongan penyokong bola sepak dunia apabila ditonton 2,091,228 pelayar setakat jam 12 tengah malam tadi.

Bilangan tontonan itu sudah cukup membuktikan betapa jaringan penyerang Pulau Pinang itu menjadi pilihan di seluruh dunia dengan jauh meninggalkan dua pencabar utama iaitu Marlone dari Brazil dan pemain wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Marlone yang menghasilkan jaringannya ketika membantu Corinthians mengatasi Cobresal 6-0 dalam aksi Copa Libertadores 2016 kekal di tempat kedua dengan ditonton sebanyak 1,326,851 tontonan.

Sementara itu, video jaringan rasmi Daniuska pula kian mengejar Marlone apabila penyerang Venezuela itu berjaya menarik 1,033,581 tontonan dan dijangka dapat menghampiri jumlah tontonan penyerang Brazil itu ketika hari-hari terakhir pengundian.

Mohd Faiz, 29, muncul pemain Asia pertama dicalonkan dalam senarai tiga jaringan terakhir selepas mengenepikan pemain terbaik dunia Lionel Messi dan Neymar.

Anugerah Puskas FIFA dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama Real Madrid di antara tahun 1959 hingga 1966.

Peminat masih boleh membuat undian di pautan http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s