Afdlin Shauki Rindukan Kerusi Pengarah

BEBERAPA tahun kebelakangan ini, Afdlin Shauki dilihat lebih banyak menumpukan perhatian kepada program dan aktiviti komedi. Dia juga sudah lama tidak dilihat berada di kerusi pengarah. Kali terakhir, Afdlin mengarahkan Papadom 2 yang diterbitkan lebih tiga tahun lalu.

Afdlin sendiri menyedari perkara itu dan merindui untuk kembali melalui karya baru yang boleh dikongsi bersama masyarakat.

“Mungkin dalam tempoh tiga tahun ini saya sibuk dengan beberapa program yang perlu didahulukan menyebabkan tiada masa untuk buat kerja-kerja pengarahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Afdlin yang telah mengarah lebih 10 buah filem ini mengakui akan kembali aktif dalam bidang pengarahan sempena tahun baru 2017 nanti.

“Insya-ALLAH jika semuanya berjalan lancar, saya akan mengarahkan filem terbaru, Sandakan Tears yang bakal menjalani penggambaran sekitar Mac depan di Sandakan dan Australia.

“Filem ini bertema sejarah. Kita cuba mengangkat satu kisah ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu suatu masa dahulu yang belum pernah difilemkan sebelum ini,” katanya.

Menurut Afdlin lagi, filem berbahasa Inggeris ini menampilkan tenaga produksi dan barisan pelakon Hollywood yang dijangka menelan belanja ASD15 juta sekali gus menyasarkan pasaran antarabangsa.

Afdlin turut memaklumkan, pembikinan filem itu bukan projek biasa kerana memberi peluang karyawan tempatan meneroka pengalaman baru dan dalam masa sama cuba ‘mengintai’ pasaran luar.

“Jika sebelum ini orang lebih mengenali Afdlin menerusi filem-filem ringan, namun kali ini saya mengambil cabaran baru dengan mengarahkan sebuah naskhah epik yang semestinya menguji kemampuan sebagai pengarah,” terangnya penuh semangat.

Afdlin mengakui sebelum ini terutamanya selepas pulang dari Gaza, dia mengalami satu anjakan dalam diri dan haluan hidupnya.

“Selepas pulang dari Gaza, ada sedikit anjakan dalam diri di mana saya banyak fikir tentang apa yang saya nak buat ketika dan selepas itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s