Undang-Undang Dan Hukuman Lapuk Akan Dikaji Semula

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula semua undang-undang lapuk dikuatkuasakan agensi itu bagi memastikan hukuman setimpal terhadap sebarang kesalahan.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kajian semula dengan kerjasama Pejabat Peguam Negara itu adalah bagi menyediakan perundangan dan hukuman bersifat futuristik iaitu rasional bagi tempoh panjang bagi setiap kesalahan dilakukan.

“Saya telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang KDN untuk bersama Unit Penderafan Jabatan Peguam Negara untuk duduk dan melihat semua perundangan bukan sahaja membabitkan PDRM tetapi perundangan yang membabitkan bidang tugas KDN untuk dikaji semula.

“Ini supaya bukan sahaja soal hukuman tetapi aspek yang tidak terkandung dalam perundangan sedia ada, dan harus dibuat berbentuk futuristik bagi enakmen, maknanya mesti disesuaikan untuk tempoh 20 hingga 50 tahun akan datang,” katanya.

Ahmad Zahid mengulas perkara itu susulan denda RM100 dijatuhi sebuah mahkamah di Johor terhadap seorang wanita yang menulis perkataan ‘babi’ dalam saman trafik.

Hukuman itu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) adalah denda maksimum.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s