Kalau nak cari kawan, jangan cari kawan yang bodoh.. Bukan apa, sebab kalau salah dapat kawan nanti boleh hilang nyawa.. Di Bangladesh, seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Mohammad Yamin telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan sewaktu buat kerja di kilang tekstil..
Walaupun masih lagi berumur 14 tahun, kebanyakkan remaja di Bangladesh banyak yang mula berkerja.. Kalau ikutkan undang-undang negara, budak-budak bawah umur tidak dibenarkan untuk bekerja..
Kawan Yamin ni buat kerja gila kerana masukkan hos mesin pemampat udara ke dalam dubur Yamin.. Punca dan sebab apa yang nak buat benda bodoh macam itu pada Yamin, Miss A tak tahu.. Mungkin hanya mahu bergurau tapi gurauan tersebut dah meragut nyawa Yamin..
Tak payah nak bergurau dengan kawan-kawan buat benda bodoh macam ni.. Banyak lagi cara yang boleh di buat bergurau, ada ke patut letakkan mesin pemampat udara ke dalam dubur.. Kuasa angin yang dikeluarkan mesin pemampat udara tu memang kuat..
Sebenarnya ini bukan kes yang pertama jadi di Bangladesh.. Sebenarnya pernah jadi kes yang sama macam ni pada seorang budak lelaki berumur 10 tahun.. Kejadian yang sama tapi tempat yang berbeza, budak lelaki itu telah mati sebab kawannya dah masukkan mesin pemampat udara ke dalam dubur..
Tapi, polis dah pun berjaya tangkap lelaki yang didakwa membunuh Yamin.. Miss A harap lelaki itu dikenakan hukuman yang setimpal.. Hilang nyawa seorang budak lelaki disebabkan gurauan melampau kawan-kawan macam ni.. – MissA/UtaraNews