PPBM Tidak Akan Beri Ancaman Besar Kepada BN Kedah

Status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dianggotai rata-ratanya golongan kecewa diyakini tidak mendatangkan ancaman besar kepada Barisan Nasional (BN), termasuk di Kedah.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata golongan kecewa dimaksudkan itu adalah mereka yang pernah kalah dalam pertandingan parti di peringkat cawangan atau negeri, sekali gus membuktikan mereka tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

Mengulas lanjut, katanya, umum mengetahui PPBM tidak mempunyai kemampuan untuk menarik keahlian dalam kalangan penyokong PAS atau DAP, sekali gus terpaksa menggunakan kaedah ‘mencuri’ ahli UMNO yang kecewa.

“Ahli UMNO yang kecewa ini akan mengambil peluang ditawarkan PPBM atau parti pembangkang lain untuk memastikan diri mendapat jawatan termasuklah berpeluang menjadi calon.

“Justeru, kita (BN) tidak gentar dengan kehadiran PPBM di Kedah, walaupun parti itu kini menyertai Pakatan Harapan bersama PKR (Parti Keadilan Rakyat), DAP dan Parti Amanah Negara,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, BN negeri bagaimanapun tidak akan memandang ringan mengenai kemasukan PPBM ke Kedah dan akan terus memperkemaskan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s