Bolehkah Yuna Jadi Artis Pertama Malaysia Menang Anugerah Oscar??

Penyanyi dan pemuzik, Yuna satu-satunya anak seni Malaysia telah tercalon dalam Kategori Lagu Asal Terbaik untuk anugerah Oscar 2017.

Judul lagu yang tercalon itu ialah On Ghost Ridge hasil ciptaan Emmy dan Nicholas Pike adalah untuk sebuah lagu tema filem membela hak orang asli 100 years: One Woman’s Fight for Justice.

Menurut laporan IndieWire, selain Yuna terdapat 91 buah lagu telah disenaraikan menerusi cadangan Academy of Motion Picture Arts and Sciences.

Manakala pada 24 Januari depan, sebanyak lima buah lagu terbaik akan diumumkan sehingga anugerah itu berlangsung pada 27 Februari 2017.

Terdahulu, Yuna pernah juga tercalon dalam kategori yang sama menerusi lagu Shine Your Way berduet bersama Owl City pada tahun 2014.

Namun, lagu tersebut gagal disenarai pendek walaupun lagu tema untuk filem Croods menerima kutipan box office.

Jadi, adakah Yuna bakal menjulang piala Oscar untuk kategori Lagu Asal Terbaik 2017? Sama-sama kita nantikan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s