20 NGO Telah Disiasat Kerana Disyaki Terima Dana Asing

Kira-kira 20 daripada 50,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), telah disiasat sejak November kerana disyaki menerima dana yang meragui daripada individu serta organisasi luar negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jumlah NGO yang disiasat berhubung perkara itu mungkin bertambah pada masa hadapan memandangkan polis tidak merancang untuk menghentikan skop penyiasatan sehingga kini.

“Siasatan perlu dilakukan untuk memastikan NGO-NGO ini tidak menjadi muka depan kepada pihak tertentu yang berniat menggugat demokrasi negara, kerana banyak negara di Barat dan juga mungkin di Asia telah digulingkan melalui cara NGO digunakan oleh pihak luar,” katanya..

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas perkembangan siasatan terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang dipercayai melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dengan menggunakan dana yang diterima daripada Open Society Foundation (OSF).

Menurut laporan berita, OSF yang dipengerusikan George Soros itu, bukan sahaja menyalurkan dana kepada Bersih tetapi dipercayai turut membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya, dan disyaki bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Nur Jazlan berkata, biarpun perkara mengenai wang atau dana asing yang masuk ke dalam negara adalah di bawah tanggungjawab Bank Negara, namun polis perlu memastikan bahawa dana itu tidak digunakan bagi tujuan menggugat kestabilan dan demokrasi negara.

Malah, tambahnya, beliau ada menghadiri satu forum bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan di Kuala Lumpur bagi membincangkan cara-cara terbaik untuk mengawal selia dana yang diterima daripada pihak tempatan dan antarabangsa.

Berhubung dakwaan kononnya terdapat NGO ditindas oleh polis dalam soal melakukan penyiasatan itu, Nur Jazlan berkata isu itu tidak timbul sama sekali.

“Kalau ada penindasan, kita siasat semua mereka tetapi ini kita hanya siasat NGO yang menerima dana tersebut dan menggunakannya untuk aktiviti selain daripada yang termaktub dalam perlembagaan mereka,” katanya.. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s