Rakyat P.Pinang Semakin Hilang Kewarasan Di Bawah Pemerintahan DAP

4

2,000 kes baru berkaitan masalah kesihatan mental dilaporkan berlaku dalam kalangan penduduk di P.Pinang setiap tahun. Masalah sakit mental di negeri ini dapat dikesan dengan peningkatan kes bunuh diri serta yang terbaharu dalam kejadian tembakan yang mengorbankan tiga orang di Gelugor di sini baru-baru ini.

Mengapakah perkara ini berlaku disaat Ketua Menteri P.Pinang mengumumkan bahawa negeri P.Pinang sangat sejahtera dibawah pentadbiran DAP? Bukankah Guan Eng juga mengumumkan bahawa ekonomi negeri ini sangat cemerlang dibawah kendaliannya?

Hasil tinjauan mendapati, rakyat negeri ini didapati hidup dalam keadaan tertekan kerana harga rumah terlalu mahal dan tidak mampu dibeli oleh mereka yang majoritinya berpendapatan sederhana, iaitu sekitar RM2,000 sebulan.

Kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pekerja sektor swasta di negeri ini hanya menikmati kenaikan gaji sebanyak tiga peratus bagi tempoh 2010 hingga 2013 dan jauh daripada kadar nasional iaitu 15 peratus.

Oleh itu, mereka tidak mampu memiliki kediaman sendiri terutamanya jenis teres dan keadaan lebih sukar buat golongan tersebut, apabila konsep jualan di pasaran terbuka diperkenalkan. Harga rumah teres di negeri ini sekitar RM450,000 tetapi meningkat kepada RM1.2 juta pada tahun ini.

Antara faktor yang menyebabkan peningkatan harga rumah ialah kerana pasaran terbuka apabila syarikat pemaju membuka pejabat jualan di Hong Kong dan Taiwan untuk rumah yang dibina di sini.

Oleh itu, kerajaan DAP negeri sepatutnya mencari mekanisme untuk mengawal harga rumah supaya tidak berterusan membebankan rakyat sehingga menyebabkan rakyat semakin tertekan dan juga mungkin hilang kewarasan fikiran.

Janganlah diambil mudah dengan semua hal kerana, peningkatan sebanyak 20 peratus setahun sangat dibimbangi oleh rakyat pelbagai kaum di negeri ini. Mereka kini berasa terdesak kerana terpaksa bekerja keras sehingga dikhuatiri menjejaskan institusi kekeluargaan.

Siapa mampu menafikan realiti yang menunjukkan bahawa negeri Pulau Pinang kini dipenuhi dengan rumah yang sangat mahal? Jika semua tekanan ini dibebankan kepada rakyat bawahan, tak mustahil lah mereka berhadapan dengan risiko hilang akal dek kerana kerajaan negeri yang hanya tahu memikirkan keuntungan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s