Rakyat Merana Bila Pelaburan Di P.Pinang Menyusut RM1.5 Billion Tahun Lepas

2

Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng gagal menarik pelabur asing ke negeri ini walaupun sudah lebih dua tahun mentadbir negeri tersebut. Kerana itulah ramai anak muda terutama anak-anak Melayu Pulau Pinang ramai yang menganggur.

Di tepi-tepi jalan, gerai-gerai dibina bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan angkara kekurangan peluang pekerjaan. Apa yang tak kena lagi dengan kerajaan negeri DAP ini?

Kerajaan BN dulu telah tinggalkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat dengan rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang cukup baik. Kemudahan pelabuhan dan pengangkutan udara telah dinaik taraf semasa kerajaan BN untuk menarik pelabur-pelabur asing ke Pulau Pinang.

Disediakan pula kawasan-kawasan perindustrian bebas seperti Bayan Lepas dan Juru yang cukup strategik bagi pandangan seorang pelabur. Tapi kerajaan negeri hari ini diketuai oleh Guan Eng, GAGAL menarik pelabur asing ke Pulau Pinang.

Kepimpinan DAP sebelum ini mendabik dada dan angkuh dengan slogan ‘Cekap, Akauntibiliti dan Telus’ (CAT) yang mereka bawa pada awal-awal pentadbiran mereka berkerajaan, namun apakah yang dilakukan sekarang ini benar-benar menunjukkan sikap CAT itu sendiri?

Dari Januari hingga September lalu, nilai pelaburan yang dicatat oleh P.Pinang hanya RM3.9 bilion, merangkumi RM2.9 bilion pelaburan asing dan RM963 juta pelaburan domestik. Jumlah itu menunjukkan penurunan RM1.5 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu dengan catatan pelaburan mencecah RM5.4 bilion.

Inilah nasib rakyat P.Pinang, khususnya anak-anak melayu yang bermastautin di negeri ini. Peluang pekerjaan semakin terhad akibat dari pelaburan masuk ke negeri ini yang semakin menyusut.

Ada gerai yang dibina untuk cuba berniaga, dirobohkan pula oleh pihak berkuasa tempatan kerana ada aduan oleh orang ramai kononnyalah. Tapi gerai-gerai makan Cina yang memenuhi di beberapa jalan di bandaraya Georgetown hingga menjadikan jalan sempit dan lalulintas kesesakan tidak pula dirobohkan, kononnyalah tak ada aduan.

Beginilah nasib orang Melayu di Pulau Pinang. Orang Melayu yang menyokong DAP, PAS dan PKR hingga berdirinya kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang perlu sedar dan insaf. Jangan sampai anak cucu cicit kita kencing di kubur kita atas kesilapan kita sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s