Perjanjian Pembangkang Hanya Bersifatkan Peribadi

perjanjian-pembangkang

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan bahawa perjanjian yang dilakukan antara blok pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanyalah bersifatkan peribadi.

Perjanjian diantara mereka hanyalah untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14… Bukannya untuk membela nasib rakyat dan mengukuhkan kedudukan orang Melayu. Disebabkan itu, perjanjian antara mereka dianggap sebagai tidak memberi sebarang keuntungan dan langsung tidak konsisten.

Itu semua hanyalah gimik politik bagi membutakan mata dan hati rakyat. Bukan sekali puak-puak pembangkang ni buat perjanjian… Dah banyak kali pun! Tapi hasilnya, sangat mengecewakan! Masing-masing hanya memperjuangkan kepentingan dan agenda parti sendiri.

Perjanjian yang dibuat baru-baru ini bersama Tun Dr Mahathir, sebenarnya hanya menjuruskan kepada kepentingan agenda politik masing-masing. Dorang cuma gunakan penglibatan Mahathir bagi menampakkan kononnya berjuang membela nasib rakyat.

Umpama mengulangi sejarah lama… Perjanjian terbaru ini seperti gambaran kepada kegagalan perjanjian yang dibuat dalam Pakatan Rakyat yang dibentuk sebelum ini. Dorang hanya guna modal yang sama untuk teruskan riwayat hidup politik mereka.

Kerjasama antara Pakatan Harapan dan parti cap bunga itu, kini hanyalah sekadar menjenamakan semula Pakatan Rakyat yang terkubur sebelum ini. Berwajah baru dengan adanya penyertaan parti cap bunga.

Adakah sejarah lama akan berulang sekali lagi?? Perjanjian yang dilakukan pembangkang sejak dahulu lagi langsung tidak membuahkan hasil… Jadi untuk apa mereka mengulangi perkara yang sama, jika keputusannya sebelum ini adalah gagal?? Perjuangan bersifatkan peribadi tidak akan memberi sebarang keuntungan. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s