Muhyiddin Kini ‘Berperang’ Dengan Mahathir Kerana Pakatan Harapan

3

Ramai yang bertepuk tangan apabila Mahathir membawa Bersatu untuk berkerjasama dengan Pakatan Harapan, bagi menghadapi Barisan Nasional di Pilihanraya umum ke-14 nanti. Tak kurang juga ramai yang menjangkakan BN kini bakal berdepan dengan persaingan sengit di arena politik negara.

Namun benarkah perjanjian kerjasama yang dibuat diantara Bersatu dan juga Pakatan Harapan itu boleh dianggap penyatuan politik? Ataupun ianya sekadar perjanjian bersama untuk mengaburi mata penyokong pembangkang serta rakyat Malaysia sahaja?

Sebenarnya rakyat Malaysia perlu tahu membezakan diantara perjanjian bersama, dan juga penyatuan politik didalam sesebuah gabungan seperti yang ada didalam Barisan Nasional. Perjanjian bersama seperti yang ditandatangani oleh Bersatu dan Pakatan Harapan hanyalah sekadar untuk bersetuju didalam beberapa perkara sahaja.

Manakala jika penyatuan politik pula, ianya bermaksud parti Bersatu akan menyertai Pakatan Harapan sebagai sebuah parti komponen serta bersetuju dengan semua prinsip yang dibawa oleh Pakatan Harapan, termasuklah calon-calon yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang di PRU14.

Inilah yang menjadi dilema didalam parti Bersatu sekarang ini. Dikhabarkan parti berkenaan kini sedang mengalami krisis dalaman apabila isu perjanjian bersama dan juga penyatuan politik ini diperdebatkan diantara dua pemimpin besarnya.

Semua sudah sedia maklum bahawa Mahathir sememangnya mahu Bersatu menyertai Pakatan Harapan sebagai sebuah parti komponen bagi menarik sokongan rakyat, khususnya orang-orang melayu didalam PKR dan PAN. Tetapi berbeza pula dengan pendirian Muhyiddin tentang perkara berkenaan.

Muhyiddin sejak awal-awal lagi tidak bersetuju Bersatu bernaung dibawah Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. Mungkin bagi Muhyiddin, Bersatu mampu bergerak sendiri tanpa perlu mengharapkan sokongan dari kumpulan pembangkang yang lainnya.

Perselisihan pendapat diantara kedua-dua pemimpin Bersatu ini pastinya akan menambahburukkan parti berkenaan dimata pemerhati politik negara. Rakyat juga akan semakin hilang kepercayaan terhadap parti berkenaan jika hal seremeh ini pun tak mampu diselesaikan.

Bagaimana Bersatu dikatakan mampu menggantikan UMNO jika awal-awal lagi pemimpinnya sudah tidak sehaluan? Mahathir memang terkenal dengan sikap keras kepalanya, tambahan pula kini beliau berasa sangat selesa apabila diterima baik oleh semua pemimpin pembangkang.

Muhyiddin pula pastinya tak mahu imejnya sebagai Presiden Bersatu tercabar dek kerana tunduk dengan kemahuan Mahathir. Jadi mahu tak mahu, Muhyiddin dijangka akan tetap mempertahankan prinsipnya sebelum ini yang mahu Bersatu bergerak sendiri didalam politik.

Persoalannya, apakah Mahathir akan berdiam diri dan menerima kedegilan Muhyiddin? Ataupun Muhyiddin akan menerima nasib yang sama seperti Khairuddin yang merajuk meninggalkan parti? Sama-sama kita tunggu episod seterusnya..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s