Kerajaan DAP Mahu Bina 3 Pulau Baru Untuk 300 Ribu Penduduk

1

Masih ingatkah tentang kehilangan lebih 50’000 pendatang tanpa izin dari negara China pada tahun 2007 yang datang ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial? Kini setelah hampir 10 tahun berlalu, kehilangan pendatang asing tersebut masih kekal misteri.

Apakah sukar bagi pihak Imigresen untuk mengenal pasti pendatang-pendatang asing berkenaan sehingga mereka lenyap begitu sahaja tanpa sebarang kesan? Mungkin kerana wajah dan saiz mereka tak jauh berubah dengan kaum cina yang ada didalam negara, menyukarkan pihak berkuasa untuk mengenalpastinya.

Sebenarnya usaha untuk merungkai misteri kehilangan pendatang asing dari negara China itu giat dilakukan oleh pihak berkuasa dalam negara. Namun pelbagai halangan serta cabaran terpaksa ditempuh, terutamanya apabila bancian penduduk dilakukan dikawasan-kawasan penempatan cina.

Terdapat laporan yang mengatakan bahawa kumpulan-kumpulan samseng digunakan bagi melindungi pendatang asing berkenaan. Sejauh mana kebenaran laporan tersebut tidaklah diketahui tetapi yang nyatanya, usaha untuk mengesan pendatang asing di negara ini tak pernah berhenti.

Kini muncul pula rancangan pembinaan Pulau buatan manusia di P.Pinang oleh kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng. Bukan satu.., tetapi 3 buah Pulau buatan akan diwujudkan bagi menampung 300 ribu orang apabila ianya siap dibina nanti.

Antara kawasan yang terbabit didalam perancangan pembinaan pulau tersebut ialah kawasan luar Permatang Damar Laut dan juga kawasan perairan Persiaran Gurney. Dan tak mustahil akan menyusul pulau-pulau buatan manusia yang lainnya selepas itu.

Persoalan yang bermain di fikiran rakyat P.Pinang sekarang ini ialah, untuk apakah pulau-pulau buatan tersebut dibina di negeri ini? Adakah ianya dibina untuk penduduk negeri ini ataupun disasarkan kepada warganegara luar yang kaya raya?

Jika dilihat dari corak pentadbiran DAP berkenaan pembinaan rumah kos rendah sederhana, mustahil untuk rakyat P.Pinang melihat rumah kos rendah/sederhana dibina di kawasan pulau-pulau buatan itu nanti. Pastinya yang ada hanyalah rumah dan juga kondominium mewah sahaja.

Rakyat P.Pinang hanya mampu melihat sahaja negeri ini ‘dijajah’ oleh warga asing. Yang tinggal untuk penduduk asal negeri ini, hanyalah kesesakan lalulintas yang padat serta menyesakkan seperti di Kuala Lumpur. Diharap rakyat P.Pinang bersedia untuk menghadapinya dengan tenang dan sabar..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s