Akhirnya Fathia Latiff Tampil Memohon Maaf Kepada Pramugari

j

Akhirnya minta maaf jugak, ingatkan nak membiarkan perkara ini berlalu macam tu jer.. Yela, Miss rasa sehingga hari ni nama pelakon cantik Fathia Latiff masih menjadi bualan hangat netizen, dek kerana kontroversi rasa tak puas hatinya terhadap seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya..

Menjadi lebih hangat diperkatakan tu bila Fathia tetap dengan pendirian tak nak memohon maaf atas apa yang berlaku.. Walaupun Fathia tampil bersuara dan mengatakan dia tak nak minta maaf, tapi Fathia tak menjelaskan perincian tentang insiden berkenaan.. Betul tak?

Terbaru Miss dengar Fathia memberitahu, dia meminta pramugari tersebut mengangkat begnya kerana beg tersebut mengandungi hadiah dan bunga yang diberikan oleh peminat ketika menjayakan sebuah acara di Johor Bahru.. Kononnya tak nak ‘check in’ beg tu kerana menghargai hadiah daripada peminatnya..

Yela, Fathia takut rosak lah semua hadiah dalam beg tu nanti.. Apa yang tak boleh blah lagi tu, bila Fathia memberitahu tujuan dia memuat naik gambar pramugari tu kononnya kerana ingin ‘menasihati’ pramugari tu berehat sekiranya tak sihat.. Amboi.. Nak nasihat sampai perlu viralkan muka orang tu yer Fathia??

Fathia dikatakan sudah menyesali perbuatannya itu dan sudah memohon maaf kepada pramugari tersebut.. Kalau Fathia minta maaf dari awal-awal, rasanya perkara panas ini tak akan berlarutan sampai ke hari ini.. Lagi satu, Miss harap lepas ni Fathia tak akan melakukan perbuatan tak matang macam tu lagi yer!! – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s