PKR Pujuk PAS Untuk Tarik Niat Bertanding Di Permatang Pauh

7c-copy

PKR hari ini menggesa PAS agar menimbangkan semula hasrat parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang, demi kesepakatan diantara kumpulan pembangkang.

PAS juga dinasihatkan supaya jangan mengganggu kerusi milik PKR kerana selama ini parti yang diketuai oleh Wan Azizah tersebut, tidak pernah mengganggu kawasan milik PAS. Jika PAS tetap berdegil, PKR tak akan teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Arif­fin berkata, keputusan PAS itu sekiranya diteruskan hanya akan memecahkan undi di kawasan berkenaan. Tindakan PAS itu juga akan menyebabkan rakyat hilang percaya kepada Pakatan Harapan.

Katanya lagi, krisis yang berlaku antara kedua-dua parti itu ketika ini perlu diselesaikan dengan baik demi menjaga maruah sesama sendiri. Semua harus bertenang dan semua pihak yang terlibat perlu mengadakan perbincangan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Norlela juga mahu PAS menghormati pendirian PKR yang tidak campurtangan didalam hal persengketaan parti tersebut dengan DAP. PAS harus sedia maklum bahawa, PKR kini berkerjasama dengan semua pihak demi menumbangkan BN khususnya di Permatang Pauh.

“Kami perlu berbincang dan mendapatkan maklum balas akar umbi supaya satu keputusan terbaik dapat dicapai dalam soal ini,” katanya kepada media.

Baru-baru ini Dewan Pemuda PAS negeri memberi amaran kepada pakatan harapan yang diketuai DAP, apabila mengatakan mereka bersedia mengambil semula kerusi Parlimen Permatang Pauh selain mahu turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dan Seberang Jaya yang diwakili PKR.

Kenyataan PAS itu sebagai reaksi kepada kesediaan PAN bertanding di kerusi DUN Permatang Pasir yang diwakili PAS atas faktor parti itu bukan lagi sebahagian daripada pembangkang. PAS juga mahu menunjukkan bahawa mereka juga boleh menang dikawasan tersebut jika bertanding.

Ditanya sama ada perbinca­ngan itu juga perlu melibatkan PAN yang mencetuskan krisis perebutan kerusi itu, Norlela menjelaskan, wakil parti tersebut juga perlu hadir.

“Kita perlu penyelesaian terbaik kerana pertandingan tiga penjuru akan memecahkan undi Melayu,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s