PAS Akan Letak Semua Calon Di Kawasan DAP Dan PKR

Dengar kata Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan meletakkan calon di kesemua kawasan yang akan dipertandingkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).. Ehhhh, biar betul ni?? Haritu cakap hanya akan bertanding di kerusi milik PAS je.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata PAS tidak akan sesekali teragak-agak untuk meletakkan calon di kesemua kerusi yang dipertandingkan oleh DAP dan PKR. Ini bermakna PAS nak wujudkan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Namun begitu, perkara tersebut hanya akan berlaku sekiranya Parti Amanah Negara (PAN) masuk campur dan cuba untuk mengganggu Kelantan yang kini menjadi milik PAS. Ohhh, maknanya kalau PAN masuk kawasan PAS jadi PAS akan buat kacau bilau nak ganggu habis semua parti dalam Pakatan Harapan.

Fadhli berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Presiden PAN, Mohamad Sabu yang memberi kata dua bakal bertanding di Kelantan bagi mengalahkan Barisan Nasional (BN). Sebelum ini Ketua Pemuda PAN, Sany Hamzan juga memberi isyarat bahawa PAN akan bertanding di kesemua kerusi milik PAS.

Disebabkan itu PAS kini memberi amaran keras jika berlaku adegan dan senario di atas, maka PAS tidak akan teragak-agak untuk mewujudkan pertandingan tiga penjuru di seluruh negara. Fuhhhhhh, dahsyat betul pertelingkahan di antara PAS dengan Pakatan Harapan ni. Nampak seperti tidak akan ada penghujungnya… Pakatan Harapan yang dianggotai oleh parti PAN, DAP dan PKR kini menjadi seteru bagi PAS.

Jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak… PAN jangan cuba cari pasal kalau taknak tengok PAS naik angin. Selama ini PAS hanya menjadi pak turut kepada DAP dan PKR… Nampaknya pada PRU14 kali ini, PAS tidak akan main-main dan berkompromi dengan parti tersebut lagi. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s