Orang Melayu Akan Tolak Bersatu Kerana Jadi Keldai DAP

3c-copy

Walaupun baru menandatangani Perjanjian persefahaman (MoU) antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan, Mahathir kini masih lagi tidur tak lena kerana memikirkan bagaimana mahu menarik sokongan orang melayu untuk menyertai Bersatu.

Sebenarnya, langkah Mahathir membawa Bersatu masuk kedalam gerombolan Pakatan yang diketuai oleh DAP, adalah merupakan satu langkah yang sangat merugikan parti tersebut. Namun Mahathir sekadar mahu memperjudikan nasib parti barunya itu.

Mahathir tahu, rakyat khususnya orang melayu pasti akan menolak gabungan Pakatan Harapan semasa Pilihanraya Umum akan datang kerana ia ditunjangi oleh DAP. Pakatan Harapan juga sangat jauh berbeza dengan Barisan Nasional kerana tidak mempunyai kerangka kerja yang jelas.

Didalam Barisan Nasional, UMNO yang merupakan parti melayu terbesar dengan ahli yang melebihi 3 juta berjaya menyatukan orang melayu didalam negara. Jika dilihat didalam Pakatan Harapan, parti manakah yang mampu memperjuangkan nasib melayu?

Parti Amanah Negara (PAN) memang tak boleh diharapkan langsung kerana ahlinya tak sampai pun 20 ribu orang walaupun DAP bertungkus lumus mempromosikan parti tersebut. PKR pula dianggap hanya menumpang kekuatan DAP bagi mencari sokongan berbilang kaum didalam negara.

DAP pula pastinya tak akan diyakini langsung untuk menjaga nasib melayu, tambahan pula rakyat seluruh negara sudah sedia maklum dengan nasib yang menimpa bangsa melayu di P.Pinang yang sudah dua penggal ditadbir oleh parti cap roket tersebut.

Jadi, bagaimanakah Pakatan Harapan mahu menarik sokongan orang melayu terutamanya ketika pilihanraya umum yang kian hampir? Sudah tentu mereka kini tertumpu pada penyokong serta ahli-ahli PAS yang dianggap parti melayu kedua terbesar didalam negara.

Bagaimanapun, PAS tidak akan mudah terpedaya dengan muka sembab Muhyiddin dan cakap meleret-leret oleh Mahathir. PAS sudah serik untuk berkerjasama dengan DAP yang bukan sahaja memperalatkan melayu, tetapi juga merendahkan Islam didalam negara.

Sebab itulah seorang Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid menganggap bahawa, Bersatu tidak akan menang mudah kerana adanya DAP dalam Pakatan Harapan yang akan menjadi penghalang untuk orang melayu menerima mereka.

Prof Yazid juga berkata, adalah lebih baik sekiranya Bersatu membuat pakatan dengan PKR sahaja tanpa DAP kerana melayu masih melihat DAP sebagai parti yang tidak mesra Melayu, berpaksikan liberal dan tidak menyokong agama Islam.

Tambah memeningkan kepala Mahathir ialah, realiti bahawa hanya sebilangan kecil Melayu yang boleh menerima DAP sedangkan yang lainnya menolak DAP kerana kempen DAP di kawasan Cina banyak menentang Melayu dan Islam.

Mahathir patut sedar bahawa kini orang melayu pula dalam dilema dan kebanyakannya ambil jalan mudah dengan menyokong Barisan Nasional. Maka, Pakatan yang Mahathir buat ini terbukti tidak memberi sebarang kekuatan atau impak yang besar kepada Bersatu melainkan kerugian semata-mata.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s