Mukhriz Patut Hadkan Jawatan Didalam DAP Dulu Dari Sibuk Hadkan Jawatan Perdana Menteri

mukhriz-patut

Bapak dia pun dulu jadi Perdana Menteri sampai 22 tahun… Takde pulak si boboi Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ni nak bising atau pertikaikan nya! Tiada siapa halang dan berani bersuara bila setiap penggal Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Macam takde muka lain yang layak untuk jawatan tu… Asyik dia je! Tapi sekarang ni, bila pemimpin lain pegang jawatan Perdana Menteri.., mula la Mahathir tak senang duduk! Habis siapa yang jawat jawatan Perdana Menteri pasti Mahathir akan cantas.

Sekarang ni Mahathir nak cantas jawatan Perdana Menteri yang dipegang oleh Datuk Seri Najib Razak pula. Lebih dahsyat lagi, apabila agenda Mahathir itu kini disokong oleh boboi dan geng Pakatan Harapan.

Hala tuju kerjasama antara Pakatan Harapan dan parti bunga Mahathir kononnya adalah mahu mengehadkan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja. Eshhhh, Gomez pelik sungguh!

Kenapa Mukhriz tak suruh DAP mengehadkan dulu jawatan didalam DAP, sebelum dorang bersusah payah nak ajar orang lain untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri.

Bukan setakat bapak Mukhriz tu je yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tapi takde siapa berani kisah. Jawatan Setiausaha Agung DAP tu juga dah berapa penggal dah asyik dipegang oleh Lim Guan Eng je!

Apa dalam DAP tu takde siapa yang layak ke untuk menggantikan Guan Eng ke?? Atau sebenarnya Guan Eng tu nak serahkan jawatan Setiausaha Agung DAP kepada keluarga dia je? Lepas Lim Kit Siang jadi pengerusi DAP selama berpuluh tahun, kini Lim Guan Eng turut ikut jejak langkah bapanya itu..

Lepas ni tak tahu la Guan Eng nak serahkan kat siapa pula jawatan yang dia pegang tu!! Jadi macam tu ke orang yang layak untuk ajar kita cara untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja??

Dorang pun buat tak betul tapi nak ajar orang lain pulak. Patutnya Mukhriz tu ajar bapak dia dan DAP dulu. Jangan dok sibuk pasal orang lain je.. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s