Mahfuz Kini Bantai Parti Bunga Dan Pakatan Harapan

mahfuz-kini

Sebelum ini bukan main lagi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengekori Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan ke hulu-ke hilir… Dah macam belangkas dah Gomez tengok!

Siap berkongsi pentas dan hadir ke program parti cap bunga dan Pakatan Harapan pulak tu… Buat diri tu macam bukan lagi ahli PAS! Tapi sekarang ni, apa sudah jadi?? Mahfuz kini dilihat membantai parti cap bunga dan Pakatan Harapan. Ehhh, dah insaf ke lepas kena tarbiah sentap dari PAS?? Dah mula sedar ke yang diri tu sebenarnya ahli PAS?

Mahfuz dilihat menghentam parti cap bunga dan Pakatan Harapan dengan melabelkan mereka sebagai tidak faham bahasa. Ini ekoran daripada usaha terus menerus pakatan pembangkang yang masih lagi cuba memujuk PAS untuk kembali ke dalam pakatan mereka.

Dengan mendakwa PAS tidak keliru dengan keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan pakatan pembangkang mahupun Barisan Nasional (BN)… Mahfuz mendakwa, PAS sebenarnya tidak bersedia dan tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak.

Itu sebenarnya pendirian dan kehendak PAS jika difahamkan dengan teliti… Jadi tidak perlu buang masa dan bazir tenaga untuk terus memujuk PAS. Apabila PAS meletakkan syarat sebegitu… Ini bermakna PAS menolak tawaran kerjasama tersebut dengan baik. Maknanya PAS ni guna bahasa kiasan la.

Tambah Mahfuz, jika PAS berminat untuk menjalinkan hubungan dengan pakatan pembangkang… Pastinya sudah lama mereka mengadakan rundingan sebelum mereka meletakkan syarat sebagai panduan.

Namun begitu, tidak mustahil bagi PAS untuk membuat keputusan di saat akhir… Tapi jika perkara itu tidak berlaku, ini bermakna Pilihan Raya Umum kali ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara PAS, pakatan pembangkang dan BN. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s