Kerajaan DAP Didesak Dedahkan Pembelian Rumah Warisan Oleh Warga Asing

6c-copy

Rakyat P.Pinang kini semakin gusar tentang kebanjiran warga asing yang bertindak membeli hartanah di negeri ini. Bukan sahaja rumah mewah, tetapi kediaman yang dianggap warisan sebelum perang juga dilaporkan semakin banyak dimiliki oleh warga asing.

Atas sifat keprihatinan, Pemuda Gerakan Pulau Pinang hari ini menggesa Kerajaan Pulau Pinang menjelaskan tentang jumlah rumah sebelum perang yang telah dibeli rakyat asing di zon warisan di sini.

Penolong setiausahanya, Loh Kit Mun berkata, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah memberikan jumlah berbeza semasa memberi jawapan berhubung perkara itu
.
“Semasa sidang dewan negeri pada Mei 2016, Kon Yeow berkata sejumlah 18 rumah di zon warisan telah dibeli rakyat asing.

“Bagaimanapun, semasa sidang dewan pada November lepas, ketua menteri berkata jumlah unit yang dijual adalah 60 dan jumlah itu direkodkan sejak 2008 hingga Mei 2014,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam tempoh enam bulan, kedua-duanya memberikan jawapan berbeza, jumlah itu meningkat tiga kali ganda daripada 18 kepada 60 rumah. Boleh tak kita kata jumlah itu akan meningkat tiga kali ganda kepada 180, 540 rumah dan seterusnya,” katanya.

Kit Mun mempersoalkan ketelusan, akauntabiliti dan kompetensi kerajaan negeri, memandangkan maklumat yang diberikan mengelirukan dan rekod yang diberikan juga tidak lengkap.

“Kenapa hanya tunjuk jumlah setakat Mei 2014, adakah ini bermakna pada 2015 dan 2016, tiada transaksi dan jika tiada di mana rekod transaksi hartanah bagi 2015 dan 2016 dalam zon warisan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s