Fathia Latiff Dikriktik Netizen Kerana Enggan Mohon Maaf

1q

2q

3q

Muncul jugak akhirnya tuan empunya badan yang mencetuskan kontroversi panas ni yer, ingatkan nak mendiamkan diri jer.. U’olls masih ingat kan kontroversi yang menghimpit pelakon Fathia Latiff sebelum ni?? Miss tengok kontroversi tu masih menjadi bualan hangat di kalangan netizen.. Dalam kepala Miss pun masih segar dok ingat pasal kes tersebut..

Setelah lama mendiamkan diri dan membiarkan diri dikecam teruk dengan netizen, gara-gara mengkritik seorang pramugari yang enggan membantu mengangkat beg beliau.., Akhirnya Fathia Latiff tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.. Disebabkan isu tu jugak, netizen meminta Fathia memohon maaf secara terbuka..

Fathia mengatakan pertolongan yang dia minta daripada pramugari tersebut dengan cara yang baik, tapi reaksi balas pramugari tu dikatakan biadap sehingga mengundang kemarahannya.. Bila ditanyakan mengenai permohonan maaf secara terbuka, Fathia mengatakan dia tak akan minta maaf..

Bagi Fathia, isu panas ni bukan antara dia dan netizen sampai perlu minta maaf.. Memang lah isu ni bukan antara Fathia dan netizen, tapi tindakan dia memviralkan wajah pramugari tu di media sosial adalah satu perbuatan yang biadap.. Jadi, Fathia masih rasa diri dia tak patut minta maaf ke??

Kalau benar lah pramugari tu berkelakuan biadap dengan Fathia masa tu, Fathia perlu mengadu kepada pihak yang sepatutnya.. Bukannya bertindak dengan cara tak matang dengan memviralkan muka pramugari tu!! Tak kan Fathia dok rasa tindakan dia tu satu tindakan yang betul pulak??

Gara-gara enggan memohon maaf, Fathia sekali lagi dikecam teruk dengan netizen.. Ramai yang menganggap Fathia seorang yang ego.. Inilah agaknya yang Fathia nak, berterusan dikecam oleh netizen.. Kalau Fathia minta maaf tak kira lah dia salah atau tidak, Miss rasa perkara ni akan senyap terus.. Betul tak??

Ini tidak, Fathia masih nak cari pasal.. Jadi, Miss harap Fathia boleh hadamlah dengan kritikan yang dilemparkan terhadapnya yer! Sendiri cari pasal, sendiri tanggung lah.. Suka sangat kan orang lain menganggapnya yang bukan-bukan.. Lain kali sebelum melakukan sesuatu, pakai otak dulu.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s