Bekas Ahli DAP Dakwa Parti Itu Semakin Melampau!!

bekas-ahli-dap

Bukan sahaja penduduk di Pulau Pinang je yang bengang dengan perangai kejam rejim DAP ni… Bahkan ahli DAP sendiri pun bengang dengan perangai DAP! Ahli DAP Bahagian Bagan, Roger Teoh terlalu kecewa dengan DAP sehingga bertindak meninggalkan parti tersebut.

Dakwa Roger, parti chauvinis DAP itu kini semakin melampau dan tidak terkawal… Pulau Pinang kini dijajah oleh rejim DAP yang sangat kejam. Bekas ahli DAP Bagan itu turut mengutuk pentadbiran dan pelan induk pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang kini berada dibawah pengaruh DAP.

Kegagalan serta ketiadaan sistem semak dan imbang yang bebas dalam kerajaan DAP negeri Pulau Pinang, telah menyebabkan dirinya meletak jawatan sebagai keahlian DAP Bahagian Bagan baru-baru ini.

Roger mendakwa Pulau Pinang kini bukan lagi menjadi negeri milik rakyat… Bahkan ia kini menjadi milik sepenuhnya oleh DAP… Dikawal rapat dan bukan lagi sebuah negeri yang bebas dari pembangkang.

Dirinya yang memiliki sarjana pengajian pengangkutan di Imperial College London itu, pernah mengemukakan beberapa idea alternatif untuk kerajaan DAP… Namun semua itu sia-sia kerana DAP langsung tidak dengar cakap dan mengabaikan nasihat ahli-ahlinya.

Niat Roger menyertai parti DAP hanyalah untuk melihat negara Malaysia menjadi lebih baik. Akan tetapi hakikatnya negara ini bakal musnah jika ia jatuh ke tangan rejim DAP. Disebabkan tidak mahu menjadi sebahagian daripada rejim DAP yang kejam dan tamakkan harta, Roger ambil keputusan untuk tinggalkan parti itu.

PTMP adalah satu usaha bagi meringankan masalah trafik dengan memperkenalkan laluan LRT dan lebuhraya utama. Ia dilakukan dengan cara penambakan 3 pulau buatan di perairan selatan pulau itu.

Bekas ahli DAP itu bagaimana pun tidak bersetuju dengan cara tersebut kerana ia tidak menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. Namun begitu, cadangan yang diberikan beliau kepada DAP langsung tidak diguna pakai.

Kerana itu Roger mendakwa DAP semakin melampau dan hanya tahu menghakis harta semula jadi Pulau Pinang. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s