Anwar Ibrahim Tidak Lagi Penting Bagi Pakatan Harapan

anwar-tidak

Habis madu sepah dibuang… Perumpamaan tersebut paling tepat untuk menggambarkan keadaan yang dilalui oleh Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini.

Dahulu dirinya menjadi pujaan dan disembah oleh parti DAP, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)… Tapi itu semua dahulu! Kini ikon pembangkang yang disembah dahulu, hanya menjadi ‘patung buddha’ yang ditinggalkan kesunyian dalam penjara Sungai Buloh.

Lebih dahsyat, sejak kehadiran Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pakatan pembangkang… Nama Anwar seakan-akan ghaib dan tidak lagi disebut! Malah rancangan untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri setelah dia dibebaskan tidak lagi menjadi keutamaan.

Anwar kini bukan sahaja telah dilupakan… Malah telah menjadi perhiasan di dinding dengan kalungan bunga peringatan. Jika sebelum ini pakatan pembangkang masih mengambil dan mendengar nasihat Anwar walaupun sedikit melalui tirai besi.

Namun sejak kebelakangan ini, pembangkang telah mengibaratkan Anwar sebagai kenangan lama yang pahit… Sejak kehadiran Mahathir… Anwar tidak lagi penting. Ibarat abu orang mati yang dibuang di dalam laut.

Ditambah pula dengan kegagalan Anwar untuk bebas… Rayuan Anwar juga tidak diterima dan peluang untuk bebas hanya tinggan angan-angan. Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu semakin dilupakan.

Nampaknya legasi Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengungguli pakatan pembangkang tersebut. Nama Anwar akan dilupuskan terus… Mereka anak beranak akan menguasai pakatan pembangkang.

Licik betul cara Mahathir menghapuskan pengaruh Anwar… Bijak sangat percaturan politik Mahathir. Jangan terkejut kalau selepas ini korang akan lihat Datuk Seri Azmin Ali bakal menjadi ‘anak angkat’ Mahathir.

Anwar juga harus terima hakikat bahawa zaman kegemilangannya sudah habis. Kini hanya tinggal zaman kejatuhannya. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s