Anggota Polis Tuduh Yang di-Pertuan Agong Meluat Tengok Muka Najib Razak & Zahid Hamidi

 

anggota-polis-1

Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat menggunakan medium laman sosial Facebook bagi menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Anggota polis yang dikenali sebagai Nik Azmi Nik Mustapha itu dilihat menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi tujuan membuat penghinaan terhadap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Dengan bermodalkan sekeping gambar semasa majlis istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15. Nik Azmi mendakwa Agong enggan bersemuka dengan Najib dan Zahid kerana meluat dan menyampah tengok muka mereka.

Dalam caption tersebut, anggota polis itu mendakwa “Takkanlah Yang DiPertuan Agung Sultan Muhammad-V boleh tersalah buka pintu kot? Agong pun menyampah tengok wajah PM & timbalan PM”.

Apa yang menyedihkan… Kalau iye pun menyampah dan benci sangat pada pemimpin negara korang… Perlu ke jadikan Agong sebagai modal untuk korang mengutuk Najib dan Zahid?? Macam korang tu bagus sangat! Nama je kerja kerajaan tapi hakikatnya menghina kerajaan.

Hasil tinjauan mendapati anggota polis itu kini telah memadam posting menghina perdana menteri dan timbalan perdana menteri tersebut. Takut kena tindakan tatatertib la tu kan! Walaubagaimanapun, rata-rata netizen mendesak supaya pihak PDRM menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap anggota polis tersebut.

Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan kejadian sama tidak akan berulang lagi. Kalau iye pun perangai tu huduh… Simpan la sikit, malu kat orang tengok! Nama je anggota polis tapi perangai macam penyangak je. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s