Adakah Rizal Ghazali Bakal Terima Nasib Seperti Gary Steven Robbat??

rizal-ghazali

Inilah yang bakal berlaku kalau diri tu tak tahu nak sabar… Gelojoh dan tak fikir sehabis mungkin! Akhirnya keputusan yang diambil bakal memakan diri sendiri. Korang ingat lagi tak dengan Rizal Ghazali, pemain bola sepak Kedah yang pernah mencipta nama dan menjadi hero menjulang nama negeri Kedah, setelah berjaya membawa pulang Piala Malaysia bersama pasukannya?

Rizal kini dikatakan bakal menerima nasib yang sama seperti Gary Steven Robbat yang sebelum ini telah melanggar peraturan perpindahan pemain. Gary sebelum ini dikatakan menandatangani borang MoU bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT)… Kemudian tanda tangan pula MoU bersama Pahang… Sepatutnya Gary balik kepada pasukan Kedah.

Tapi disebabkan gelojoh dan buta hati lepas ditawarkan gaji yang banyak oleh dua pasukan JDT dan Pahang… Dua-dua MoU tu dia tanda tangan.. Hahaha… Akhir sekali terjerat diri sendiri selepas didapati bersalah.. Gary kena denda dan digantung selama beberapa bulan.

Bagi kes Rizal ni pulak… Ceritanya lebih kurang macam Gary! Gelojoh sangat! Sebab dengar khabar angin katanya Rizal ni sudah tanda tangan borang MoU bersama pasukan Felda United… Tapi satu lagi cerita, katanya Rizal tanda tangan kontrak bersama Kedah FA.

Jadi mana satu yang betul?? Jika Rizal tanda tangan kontrak bersama Kedah dahulu, maka tidak menjadi masalah dan isu kepada Rizal… Namun jika dia didapati tanda tangan MoU bersama pasukan Felda… Alamatnya nasib Rizal bakal jadi seperti Gary.

Persoalannya sekarang ni, Rizal tanda tangan kontrak bersama pasukan mana?? Rizal pulak tak ada bagi komen apa-apa pasal hal ni.. Takde jawapan! Itu la, lain kali jangan gelojoh sangat… Tamak haloba! Belum lagi Kedah FA keluarkan kontrak tapi kalut sangat nak tanda tangan kontrak dengan pasukan lain.

Sepatutnya Rizal ni ambil iktibar daripada kejadian yang menimpa Gary tu… Bukannya tamak sampai sikit pun tak boleh nak sabar. Tahu la nama tengah meletop sekarang ni dan menjadi rebutan… Tapi setidaknya sabar la dulu.

Namun begitu apa yang difahamkan Gomez, sekarang ni nama Rizal tersenarai dalam senarai pemain pasukan Kedah. Nampak gayanya Kedah masih memiliki Rizal… Tapi bagaimana pulak dengan senarai pemain pasukan Felda??

Adakah nama Rizal akan turut tersenarai?? Kita tunggu senarai pemain pasukan Felda pulak! Dengar kata Felda pun akan menyenaraikan Rizal juga sebab dorang ada perjanjian dengan Rizal semasa kontrak beliau dan Kedah tamat pada bulan November lalu.

Haaaa… Masak la Rizal… Tu la kalot sangat orang Kedah kata! Takpa, takpa, kita layan ja drama Rizal ni tengok apa yang akan terjadi. Biasa la orang muda fikir tak habis, suka ikut hawa nafsu… Tak tahu nak sabar… Nah, berani buat kenalah berani tanggung. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s