Wan Azizah Akan Heret Pihak Istana Demi Bebaskan Anwar

6c-copy

Selepas gagal dalam permohonannya supaya sabitan hukuman penjara ke atasnya disemak semula, Anwar Ibrahim menerusi isterinya, Wan Azizah dikatakan akan cuba mengheret pihak Istana untuk campurtangan bagi membebaskan beliau dari hukuman penjara yang dihadapinya kini.

Nampaknya Anwar masih tak serik-serik nak berpolitik sampaikan habis semua pihak nak dikaitkan dengan politiknya. Walaupun banyak kali cubaan untuk merayu bagi menghapuskan hukuman penjara keatasnya ditolak, Anwar masih belum berputus asa.

Rakyat sebenarnya sudah muak dengan segala wayang dan drama yang cuba dilakonkan oleh seluruh keluarga Anwar. Bermula dari zaman Reformasi sehinggalah zaman Mahathir menjadi keldai DAP, skrip yang sama saja dipersembahkan oleh Anwar.

Asyik-asyik kerajaan juga yang disalahkannya.., walhal yang melakukan kesalahan adalah dirinya sendiri.. Dan jangan lupa bahawa perbicaraan kes Anwar adalah merupakan perbicaraan yang paling panjang didalam negara.

Disaksikan oleh media dan pemerhati dari seluruh dunia, tiada satupun keraguan timbul ketika Hakim Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar. Kebebasan bercakap pada media dan juga kebebasan bergerak didalam negara diberikan kepada Anwar.. Mana ada banduan lain dapat keistimewaan seperti itu.

Kerajaan juga telah melakukan yang terbaik bagi menjamin keadilan dan juga ketelusan perbicaraan terhadap Anwar. Walaupun Anwar sering menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan yang kurang enak, tetapi jasa-jasa Anwar tetap tidak dilupakan.

Malangnya, Anwar tak pernah bersyukur dengan apa yang diberikan kepadanya. Sewajarnya Anwar redha dengan kekhilafan yang beliau lakukan, bukannya meroyan seperti kanak-kanak yang kehilangan gula-gula.

Jangan jadikan rakyat sebagai alasan untuk menafikan kesalahan yang beliau lakukan terhadap Saiful Bukhari Azlan. Anwar bukannya jahil tentang agama sehingga tak tahu membezakan diantara yang benar dan juga yang batil.

Kini Anwar serta keluarganya mahu pula mengheret pihak Istana demi nafsu politik yang membuak-buak didalam hatinya. Apakah Anwar mahu pihak Istana pula terpalit dengan imej buruk yang dibawa olehnya? Dan apakah Anwar tak malu dengan generasi muda yang sedang memerhati? Sangat memalukan!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s