Rakyat P.Pinang Jadi Bodoh Asyik Kena Tipu Dengan Guan Eng

1c-copy

Kalau tak menipu tu bukanlah Guan Eng namanya.. Perangai Ketua Menteri P.Pinang ini rasanya bukan sahaja sedia dimaklumi oleh rakyat seluruh P.Pinang, tetapi ianya sudah diketahui oleh hampir kesemua rakyat didalam negara..

Mungkin sudah menjadi ‘trademark’ beliau, menipu ibarat satu hobi yang menjadi kemestian untuk dilakukan. Jika orang lain mempunyai hobi yang menyihatkan badan seperti bersukan dan juga beriadah, Guan Eng pula memilih ‘hobi menipu’ didalam pemerintahannya.

Agaknya ‘hobi menipu’ tersebut dapat meningkatkan daya ketahanan minda dan juga memantapkan lagi kehebatan Guan Eng sebagai pemimpin utama negeri ini. Sebab itulah beliau langsung tak serik untuk menipu, walaupun beberapa kali ‘kantoi’ oleh rakyat.

Mungkin juga Ketua Menteri P.Pinang itu sememangnya menganggap rakyat P.Pinang dan para penyokongnya sangat bodoh dan tak mempunyai kemampuan untuk berfikir, terutamanya didalam isu-isu yang melibatkan ekonomi serta pentadbiran negeri.

Sebab itulah Guan Eng dengan rasa bangga serta bongkak mengumumkan bahawa kerajaan DAP negeri sangat prihatin tentang permasalahan rakyat dengan mengecualikan cukai GST bagi mereka yang menggunakan khidmat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP).

Yang lawaknya, Guan Eng juga tanpa rasa segan dan malu mengatakan rakyat P.Pinang akan menjimatkan sebanyak RM19.36 juta setahun dek kerana penghapusan GST didalam perkhidmatan kedua-dua majlis perbandaran berkenaan.

Nampak tak bagaimana hebatnya Setiausaha Agung DAP tersebut menipu dan memperbodohkan rakyat negeri ini? Lebih hebat lagi apabila rakyat P.Pinang dan juga penyokong DAP begitu mudah terpedaya dengan pembodohan yang dilakukan oleh anak Lim Kit Siang tersebut.

Yang sebenarnya, mengikut Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), semua perkhidmatan Majlis Perbandaran Tempatan di seluruh negeri DIKECUALIKAN dari GST. Maknanya, GST memang tidak dikenakan keatas rakyat yang menggunakan semua perkhidmatan majlis perbandaran di setiap negeri.

Jadi, apa yang dimaksudkan oleh Guan Eng apabila beliau menyifatkan rakyat P.Pinang akan menjimatkan berjuta-juta ringgit setahun, apabila berurusan dengan Majlis Perbandaran tempatan? Nak jimat GST apa jika ia sememangnya telah dikecualikan?

Ini bermakna Guan Eng sengaja mahu memutarbelitkan cerita bertujuan mahu berbohong dan menipu rakyat kerana dia tahu rakyat P.Pinang serta penyokong DAP bukannya peduli pun tentang fakta sebenar. Dan Guan Eng juga sedia maklum bahawa rakyat P.Pinang serta penyokong DAP sememangnya mudah diperbodohkan! Sungguh menyedihkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s