Permohonan Anwar Ibrahim GAGAL! Terus Meringkuk Dalam Penjara

permohonan-anwar

Impian Bekas ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri terpaksa dikuburkan buat sementara waktu apabila Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonannya untuk semakan semula sabitan kesalahan meliwat dan mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang sedang dihadapinya.

Nampaknya Anwar kini gagal untuk mendapatkan kebebasan, sebaliknya dia akan terus meringkuk dalam penjara sambil menghabiskan saki baki hukuman lima tahun penjaranya. Keputusan tersebut dibuat sebulat suara.

Pengumuman keputusan itu dibuat oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sambil mempengerusikan panel lima hakim disebabkan oleh permohonan tersebut tidak mempunyai merit. Anwar kini terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di Penjara Sungai Buloh.

Dengan ini jelas menunjukkan hasrat keluarganya bagi menuntut pembebasan Anwar gagal… Mungkin sekarang ini mereka sedang meratapi kegagalan mereka. Saluran tersbut merupakan usaha terakhir baginya untuk dibebaskan… Namun kecewa kerana ia menemui kegagalan.

Satu lagi usaha yang dapat dilakukannya adalah dengan memohon keampunan diRaja… Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri juga hanya tinggal mimpi. Kesian kat dorang kan.

Dalam pada itu, keputusan mahkamah tersebut turut mendapat persetujuan dari panel yang dianggotai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s