Perbezaan Di Antara Pemimpin BODOH Dengan Pemimpin Yang CERDIK

perbezaan-antara

Korang jangan fikir semua pemimpin-pemimpin dan bapak-bapak menteri di negara ini cerdik-cerdik belaka. Ada yang bodoh sejak azali dan ada jugak yang bodoh hanya kerana telah dibutakan hati mereka dengan kekayaan yang melimpah ruah. Ada juga yang jadi bodoh hanya kerana hasad dengki dan dendam.

Mehhh sini Gomez nak tunjukkan pada korang perbezaan antara pemimpin bodoh dan pemimpin yang cerdik. Gomez ambil contoh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman… Beliau sebelum ini dilucutkan Darjah Kebesarannya oleh Sultan Terengganu, Sultan Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun akibat menyesal dan mengakui kesalahan yang dilakukannya sebelum ini, Razif tidak cepat melatah… Malah bersikap sabar dan terus memohon keampunan kepada Tuanku. Berkat kesabarannya, kini Darjah Kebesaran tersebut dikembalikan kepada beliau.

Berbeza pula dengan pemimpin yang bodoh dan buta hati perut… Contohnya seperti Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. Apabila Majlis Raja-Raja menarik balik undangan kepada Mahathir ke majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Mahathir terus melatah!

Dia terus bertindak biadap dengan mencela pihak Istana… Tidak puas dengan menghina keputusan pihak Istana. Mahathir bertindak memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tak pasal-pasal nama perdana menteri pula dipetik Mahathir… Dia menuduh kononnya Istana Negara kini adalah menjadi milik Najib Razak dan Barisan Nasional. Hah! Nampak tak??

Kerana hasad dengki… Mahathir kini menjadi buta hati dan bodoh! Tak boleh berfikiran positif dan waras. Itulah perbezaan antara pemimpin yang bodoh dan yang cerdik, korang pilih yang mana?? – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s