Pemuda PAS Yakin Mampu Tawan Kerusi Parlimen Permatang Pauh Di PRU14

7c-copy

Pemuda PAS dikatakan berminat untuk meletakkan calon Pemuda di kerusi Parlimen Permatang Pauh, DUN Penanti dan DUN Seberang Jaya dalam pilihan raya umum akan datang, bagi menyaingi Parti Amanah Negara (PAN) yang juga dikatakan berminat dengan kerusi-kerusi berkenaan.

Walaupun sebelum ini PAS kelihatan lebih berdiam diri dengan percaturan politik yang dibuat oleh PAN, tindakan terbaru ini dijangka bakal menyemarakkan lagi ‘api persengketaan’ diantara kedua-dua parti tersebut.

Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaei Dato Ir A Rashid yang ditemui telah mengulas mengenai ‘minat’ Pengerusi PAN Pulau Pinang berkenaan perkara ini. PAN sudah semestinya tidak akan diberikan laluan mudah oleh PAS di Permatang Pauh nanti.

Harus diingat bahawa PAS yang sekarang ini telah bebas daripada sebarang ikatan pakatan. Oleh yang demikian, PAS kini lebih bebas memilih untuk bertanding dimana-mana kerusi di Pulau Pinang tanpa perlu mendapat keizinan ataupun arahan dari sesiapa sahaja.

Menurut Ir Ahmad Rafaei, PAS bukan sahaja mahu bertanding dibeberapa kerusi melayu di P.Pinang, bahkan PAS mungkin mempertimbangkan untuk menggantikan kerajaan DAP yang semakin rosak sekarang ini.

Begitu juga harapan para penyokong PAS di seluruh negara yang mahu PAS menerajui kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan BN, yang sememangnya diketahui umum rosak teruk akibat dari pelbagai persepsi buruk yang dilemparkan.

“Kami yakin dengan situasi yang ada sekarang ini , rakyat tiada pilihan lain selain daripada PAS yang terbukti cemerlang dan bebas daripada sebarang pecah amanah sepertimana yang dibuktikan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama lebih 20 tahun,” ujar beliau.

Sebagai makluman, PAS pernah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh semasa Almarhum Ustaz Zabidi Ali dahulu. Menurut Ir Ahmad Rafaei lagi, jika kena dengan cara dan juga gayanya, tidak mustahil kejayaan PAS akan berulang kembali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s