Parti Cap Bunga Kini Secara Rasmi Bersubahat Dengan Pakatan Harapan

parti-cap-bunga

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara rasminya kini telah menjadi rakan subahat yang baharu kepada Pakatan Harapan. Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP itu, kini boleh menarik nafas lega kerana berjaya membentuk satu pakatan yang bakal menjamin 1 lawan 1 menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Itu pun kalau PAS mahu berunding dan berkompromi dengan Pakatan Harapan bagi memastikan pertandingan 1 lawan 1 pada PRU14 nanti… Jika PAS masih enggan bertolak ansur, maka pertandingan tiga penjuru akan tetap berlaku.

Parti Cap Bunga itu kini telah menandatangani memorandum persefahaman bersama Pakatan Harapan dalam satu sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam.

Dengan perjanjian tersebut, maka sahlah kini parti cap bunga itu menjadi rakan subahat kepada DAP… Tapi dorang ni baru bersubahat dalam PRU14 je…Belum lagi bergabung sepenuhnya dalam Pakatan Harapan.

Antara isi perjanjian tersebut, sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan semula Putrajaya pada PRU14 kelak… Maka hak orang Melayu akan ditermaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Itu janji manis pakatan pembangkang… Entah benar entah tidak… Takut cakap je besar, nanti bila dah menang habis terkubur semua janji. Namun begitu kesepakatan mereka ini tidak memberi sebarang makna jika parti PAS masih enggan untuk bersama. Pastinya pertembungan 1 lawan 1 sukar untuk dicapai jika PAS masih enggan bergabung. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s