PAN Kaki Fitnah! Bila Kena Denda, Susahkan Rakyat Pulak!

pan-kaki-fitnah

Kaki fitnah Parti Amanah Negara (PAN), Mazlan Aliman kini berdepan dengan hukuman denda dan terpaksa membayar sejumlah RM500,000 setelah mahkamah memutuskan dia bersalah memfitnah FELDA.

Mazlan didapati bersalah memfitnah dengan mendakwa tajuk buku “FELDA… Dulu Tolong Sekarang Ah Long’ membawa maksud FELDA adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

Pemimpin PAN yang juga Presiden Persatuan Anak FELDA Kebangsaan (ANAK) itu harus membayar denda tersebut dalam masa terdekat seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu, sekiranya dia tidak mahu diisytiharkan muflis.

Apa yang menyebalkan… Buat fitnah pandai tapi bila kena bayar denda.. Haaaa, mula la dorang nak menyusahkan rakyat. Sanggup buat kempen kutipan derma terhadap rakyat semata-mata untuk membantu Mazlan menyelesaikan dendanya itu.

Setiausaha Agung parti itu, Anuar Tahir memberitahu bahawa satu kempen akan dijalankan dalam tempoh terdekat ini. Bukan calang-calang kempen tau… Kempen ke seluruh negara kot! Tindakan PAN ni tak ubah macam DAP! Buat salah tapi yang menanggungnya rakyat!

Banyak kot denda tu, hampir setengah juta tau! Bukannya sikit! Mampu ke dorang nak menggerakkan kempen mengumpul wang di seluruh negara bagi membantu pemfitnah FELDA tu?

Dorang cuma ada tempoh masa sebulan sahaja untuk membantu Mazlan supaya terlepas daripada diisytiharkan bankrap. Itu la, lain kali jangan fitnah kalau takde duit nak bayar denda.. Ini tidak, menyusahkan rakyat je!

Pada 20 Julai 2009, FELDA memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd kerana memfitnah. Dan Pada 29 Mei 2015 pula, Hakim Datuk Su Geok Yiam memerintahkan Mazlan dan penerbit itu membayar RM150,00 kos guaman kepada FELDA manakala RM350,000 sebagai ganti rugi am dan teruk. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s