Pakatan Harapan Dan Parti Cap Bunga Masih ‘Zero’ Tanpa PAS

pakatan-harapan-dan

Perjuangan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih lagi dianggap sebagai sia-sia dan buang masa, jika mereka masih tidak mampu memujuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk kembali bersama.

Pakatan Harapan dan parti cap bunga itu masih lagi ditahap ‘zero’ dan tidak memberi apa-apa makna jika PAS tidak bersama mereka. Peluang untuk mereka mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih lagi samar.

Menurut pensyarah Universiti Malaysia Sarawak dan pengulas politik, Jeniri Amir… Tanpa PAS mereka akan mengalami kesukaran dan bakal berdepan dengan situasi yang sangat sukar.

Macam mana nak kalahkan BN jika tanpa PAS?? Pastinya PAS akan turut bertanding di kawasan yang sama jika PAS memilih untuk tidak menyertai pakatan pembangkang. Jadi peluang untuk pembangkang menang adalah sangat jauh.

Sementara itu, Ketua Eksekutif IDEA, Wan Saiful Wan Jan turut bersetuju… Jika PAS bersama pakatan pembangkang… Peratus kemenangan berkemungkinan akan berpihak kepada mereka. Tetapi jika tanpa PAS… Maknanya kirim salam jela!

Pertandingan banyak penjuru dalam pilihan raya, hanya akan menguntungkan BN sahaja… Jadi simpan sahaja angan-angan untuk menakluk Putrajaya jika pembangkang masih belum bersepakat untuk mengharungi pilihan raya nanti. Pakatan pembangkang hanya melakukan perjuangan yang kosong dan tidak memberi apa-apa makna jika tanpa PAS. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s