Neelofa Tidak Akan Berlakon Lagi Kerana ‘Warda’??

Selepas drama popular ‘Suri Hari Mr.Pilot’, nama pelakon Neelofa sering menjadi bualan hangat.. Lebih-lebih lagi kemesraan Neelofa bersama hero drama berkenaan sering menjadi perhatian, walaupun drama tu dah lama melabuhkan tirai..

Mana tak menjadi perhatiannya, tak habis-habis pasangan tu dok muat naik gambar mesra bersama di media sosial.. Lepas tu sekarang ni kalau pergi mana-mana majlis atau anugerah, Miss tengok Fattah dan Neelofa asyik bersama jer.. Anugerah Melodi TV3 baru-baru ni pun, dorang pergi berdua..

Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal pasangan ‘merpati dua sejoli’ tu pun.. Terbaru, Miss dengar Neelofa dikatakan tidak akan kembali berlakon dalam drama bersiri didalam waktu terdekat ni.. Aikks.. Baru satu drama popular, dah nak berehat lama??

Neelofa kononnya mengatakan dia memerlukan masa untuk ‘move on’ daripada watak Warda kerana watak tersebut masih meninggalkan kesan terhadap dirinya dan peminat.. Neelofa takut kalau dia berlakon dalam drama terbaru nanti, dia akan terbawa-bawa watak Warda tu.. Choii.. Poyo betoii!

Ataupun Neelofa takut popularitinya menurun?? Yela, bila Neelofa bawa watak lain nanti, watak Warda akan dilupakan peminat.. Tak silap Miss, Neelofa beritahu dia akan kembali ke set penggambaran pada April tahun hadapan..

Kononnya watak terbaru yang bakal dilakonnya tu berbeza dengan watak Warda.. Bagi Miss, lakonan Neelofa sebelum ni biasa-biasa jer.. Tak kira lah watak apa pun yang dibawa, tak menyerlah sangat.. Kaku dan tak gempak mana pun! Hahaha.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s