Makcik Cleaner ‘Diganggu’ Pocong Didalam Bilik Hotel

1f-copy

Hujung-hujung tahun dan musim cuti sekolah ni, memang banyak mak bapa bawa anak-anak pergi bercuti kan.. Waktu macam ni juga bilik hotel dan tempat reakreasi akan penuh dengan keluarga yang datang dari pelbagai negeri..

Selalunya waktu macam ni memang bilik hotel sentiasa akan bersilih ganti orang nak masuk.. Kalau lambat ‘booking’ bilik hotel, memang susah la nak cari bilik hotel yang kosong.. Haa, benda yang Miss A nak cerita ni pasal bilik hotel la.. Pernah tak korang duduk dalam bilik hotel yang diganggu makhluk halus?

Perkara yang jadi ni bukan tetamu yang datang check-in hotel di ganggu makhluk halus.. Tapi, benda ni jadi pada makcik cleaner bilik, makcik cleaner dah kena ‘ganggu’.. Bukan ‘diganggu’ dengan makhluk halus tapi diganggu oleh tetamu yang nakal..

Kurang ajar punya tetamu hotel!! Ada ka patut tetamu hotel tu tinggalkan bilik hotel dengan balutkan bantal panjang menyerupai pocong yang terbaring atas katil.. Jilake betul, ingatkan tetamu tu dah tinggalkan sebungkus mayat dalam bilik.. Memang dahsyat betul dapat tetamu hotel yang kuat begurau macam ni..

Nasib baik makcik cleaner tu tak mati kena serangan jantung.. Kalau Miss A pun terkejut, masuk bilik jumpa ‘pocong’ macam ni dok terbaring atas katil.. Silap-silap boleh terkena sawan wei.. Hahaha.. Tak sanggup makcik cleaner nak kemas bilik kalau macam ini punya perangai tetamu..

Boleh mati kena serangan jantung kalau dapat tetamu bilik macam ni.. Bergurau tak kena tempat, kena pulak makcik cleaner tu ada sakit jantung.. Buta je mati kat situ..

Kejadian ni sebenarnya berlaku kat Johor Bharu dan tak ada berlaku sebarang kejadian yang tak diingini sepanjang proses mengemas bilik tersebut.. Mungkin tetamu bilik kena kacau dengan makhluk halus kat hotel tu dan nak balas dendam.. Tu yang dia bungkus ‘pocong’ dalam bilik untuk takutkan makcik cleaner.. Hahaha.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s