Jorge Pereyra Diaz Naik Angin Dengan Kelab JDT!!

pemain-import

Pemain import Johor Darul Takzim (JDT) dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz dilihat mengamuk di laman sosial Facebook miliknya semalam. Melalui dua posting yang dibuat olehnya, jelas menunjukkan Diaz bengang dengan pengurusan kelab bola sepak JDT.

Sambil mengeluarkan kata-kata kesat… Diaz melabelkan pihak pengurusan JDT sebagai yang paling teruk dan meninggalkan JDT adalah pilihan yang tepat daripada berurusan dengan organisasi yang diuruskan oleh orang-orang yang berperangai seperti sampah.

Dengar kata Diaz ni mengamuk dengan pihak pengurusan JDT disebabkan menghalang niatnya untuk berhijrah ke kelab luar negara. Boleh jadi pihak JDT letak harga yang tinggi untuk menjual Diaz ke kelab luar negara tersebut.

Bila JDT letak harga yang tinggi dan menyusahkan pihak pengurusan luar negara untuk membeli Diaz… Jadi secara automatiknya, proses pemindahan Diaz akan terbantut dan besar kemungkinan kelab luar negara tu tak mahu keluarkan bajet yang banyak untuk membeli Diaz sebab pihak pengurusan JDT letak harga tinggi sangat.

Besar kemungkinan disebabkan itu menyebabkan Diaz bengang teruk dengan pengurusan JDT. Diaz bagaimanapun tidak akan menarik balik kata-katanya yang mendakwa pihak pengurusan kelab JDT adalah teruk dan diuruskan oleh orang-orang yang teruk.

Apa dah jadi?? Mana pengurusan cekap yang sering dimegah-megahkan oleh organisasi JDT?? Kalau macam ni la cara pengurusan kelab JDT… Nampak sangat yang dorang tak professional! Kalau dorang professional sangat, pasti benda macam ni tak akan berlaku.

Dah la sekat rezeki orang lain! Lepas tu nak jual dengan harga yang mahal pulak! Wahhh.. Wahhh.. Kaut keuntungan betul! Bayar gaji Diaz tak seberapa tapi bila nak jual, letak harga mahal-mahal… Ohhhh, macam ni rupanya cara kelab JDT berurusan, langsung tak profesional! Elok sangat la kalau Diaz blahhh dari JDT!! – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s