Wan Azizah Takut Nak Tunjuk Muka Dalam Ceramah Mega PAS

Seperti biasa, kalau Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail takut untuk bersua muka dengan pemimpin-pemimpin atasan yang lain dalam sesuatu majlis… Pastinya nenek kipas itu akan menghantar wakil.

Itu yang berlaku dalam satu Ceramah Mega anjuran PAS semalam… Acara mega PAS di Paya Jaras malam tadi, menunjukkan langsung tiada kelibat Wan Azizah. Ehh, kenapa tak datang?? Takut nak tunjuk muka ka??

Sebaliknya Wan Azizah menghantar wakil bagi dirinya… Sivarasa Rasiah menjadi kambing hitam Wan Azizah dan terpaksa berkongsi pentas bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kononnya nenek kipas tu tak dapat hadir disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, ujar Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman. Nampak sangat yang Wan Azizah ni nak sabotaj geng PAS! Mengaku jalinkan hubungan baik dengan PAS tapi bila tiba masa untuk berbakti, boleh pulak dia larikan diri.

PAS bukan main lagi sanjung PKR sambil mencanang mereka mempunyai hubungan baik dengan parti itu. Tindakan Wan Azizah yang gagal hadirkan diri ke Ceramah Mega PAS ini menunjukkan dirinya langsung tidak menghormati PAS.

Kalau himpunan Bersih Wan Azizah boleh hadirkan diri dan sanggup berjemur tengah panas… Kenapa tidak bagi ceramah PAS ni?? Sememangnya begini cara Wan Azizah melayan sekutunya… Cakap je sekutu tapi sebenarnya PAS ini dianggap sebagai kuda tunggangan PKR je. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s