Teruskan Mengundi Faiz Subri Untuk Anugerah Puskas FIFA

Video jaringan Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, kini melebihi dua juta tontonan di laman YouTube.

Setakat jam 9 malam tadi, video yang pertama kali dimuat naik oleh FIFATV pada 21 November lalu, sudah ditonton 2,008,834 pelayar seluruh dunia.

Jumlah tontonan itu jauh meninggalkan dua lagi pesaing utama untuk anugerah berkenaan iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Azevedo yang menjaringkan gol melalui aksi sepakan gunting ketika membantu pasukannya Corinthians mencatat kemenangan 6-0 ke atas Cobresal pada aksi Copa Libertadores, di tempat kedua dengan jumlah tontonan 1,277,976.

Video aksi solo memukau Rodriguez menggelecek tiga pemain ketika mewakili negaranya menentang Colombia pada Kejohanan Sudamericano Wanita Bawah 17 Tahun di tempat ketiga dengan jumlah tontonan 991,982.

Peminat tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, http://www.fifa.com sebelum nama pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland, pada 9 Januari depan.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun itu dimenangi beberapa bintang dunia, antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s