Siapa Yang ‘Rasis’ Sebenarnya Ni??

Siapa yang ‘Rasis’ sebenarnya ni?? Jenis nak serang orang tak pakai helmet, inilah jadinya.. Semua benda nak viral, kalau nak viral siasat dulu hal sebenar.. Tiba-tiba je nak tuduh orang yang tak bersalah ni sebagai rasis..

Perkara berkaitan ‘rasis’ ni memang cukup sensitif, rakyat Malaysia ni terdiri daripada berbilang kaum.. Perkara berkaitan rasis ni memang selalu timbul, sebabkan perkara macam ni juga banyak netizen yang bergaduh sesama sendiri..

Gambar seorang lelaki melayu yang bekerja sebagai ‘buggy driver’ dah jadi viral di laman sosial.. Lelaki melayu ini dikatakan bersikap rasis kerana mengambil penumpang berbangsa melayu saja..

Memang teruk juga pemandu buggy tu kena hentam dengan netizen.. Macam-macam maki hamun yang dilemparkan kepada pemandu buggy tu.. Tapi, pihak atasan airport dah buat siasatan.. Yela, kat airport takkan tak ada CCTV untuk rakam aksi pemandu buggy tu buat kerja kan..

Pihak atasan airport dah buat siasatan, dan hasil siasatan tu dah menunjukkan hal yang sebaliknya.. Segala dakwaan yang mendakwa pemandu buggy tu rasis memang tak betul.. Sepanjang pemandu buggy tu dok bertugas, semua bangsa pemandu tu bawa.. Bila semua benda nak viralkan, orang yang tak bersalah pun jadi mangsa.. Lain kali siasat dulu sebelum viral, jatuh maruah pemandu buggy tu sebab dah kena fitnah.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s