Pihak Polis Buru Penyebar Surat Layang Zahid Hamidi

Pihak polis sekarang ini sedang menjalankan kerja-kerja mengesan si pelaku yang bertanggungjawab menyebarkan surat layang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan yang memetik nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid mendedahkan perkara tersebut disiasat setelah satu surat layang tersebar secara meluas dan menjadi viral di media sosial. Kesalahan si pelaku bukan sahaja mengada-adakan surat palsu dan fitnah… Malah individu tersebut juga bersalah kerana memalsukan tanda tangan Zahid dan menyalahgunakan bahan rasmi kerajaan.

Menteri Dalam Negeri itu turut menjelaskan, sehingga sekarang pihak berkuasa telah menerima kira-kira 20 laporan polis semenjak penyebaran surat layang tersebut dibuat. Beliau dimaklumkan perkara tersebut oleh pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Si pelaku pastinya tidak akan terlepas… Siasatan terhadap kes tersebut akan dijalankan dengan mendalam, bagi memastikan si pelaku menerima tindakan undang-undang dan hukuman yang setimpal.

Dalam lampiran surat layang yang tersebar itu menunjukkan senarai kabinet baharu dibawah pimpinan Zahid… Ini bermakna Zahid telah dinamakan sebagai Perdana Menteri. Bukan itu sahaja, dalam surat tersebut semua kabinet dikatakan mendesak perdana menteri untuk berundur.

Surat palsu tersebut juga turut tersebar dengan pantas di media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp. Nampak sangat surat itu sengaja direka bagi melaga-lagakan kedua-dua pemimpin tersebut.

Mungkin si pelaku cemburu melihat keakraban dan kesetiaan yang dipamerkan Timbalan Perdana Menteri bersama Perdana Menteri itu. Tindakan melaga-lagakan pemimpin lain tidak ubah seperti sikap pembangkang. Adakah mereka dalang disebalik semua ini?

Pastinya matlamat si pelaku akan tercapai jika surat tersebut memberi kesan kepada hubungan kedua pemimpin itu. Si pelaku hanya mahu lihat Zahid dan Najib bermasam muka dan bergaduh sesama sendiri… Tetapi malangnya ia tidak terjadi, dan kini pihak polis sedang memburu orang yang bertanggungjawab di atas semua ini. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s