Peringatan Sultan Perak Patut Jadi Amaran Buat Lim Guan Eng

Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menjadikan peringatan dan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengenai gejala rasuah dan pecah amanah di negara ini sebagai satu modal untuk menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pelik sungguh… Kes Perdana Menteri pasal 1MDB dah pun selesai, jadi kenapa Kit Siang nak sekolahkan Najib dan barisan kabinetnya untuk ambil kisah mengenai amaran yang diberikan oleh Sultan Perak tu?

Sebaliknya orang yang paling layak untuk menghadam semua titah dan amaran Sultan Nazrin adalah anaknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terlibat dengan dua kes rasuah dan salah guna kuasa. Guan Eng membeli sebuah rumah banglo mewah dibawah harga pasaran dan terdapat unsur rasuah dalam urusan jual beli tersebut.

Bukan setakat Guan Eng je… Kit Siang juga patut ajar pengikut Guan Eng yang kaki rasuah seperti Tony Pua, Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin. Dan yang paling penting, Kit Siang harus bersihkan dirinya dahulu dari sebarang rasuah… Baru la fikir pasal nak sekolahkan orang lain.

Ini tidak, diri sendiri dan anak-anak pun dok amalkan rasuah tapi sibuk je nak sekolahkan orang lain. Masalah rasuah dalam parti DAP harus segera ditamatkan. 

Gomez syak dorang memang kaki rasuah, tambahan pula di Pulau Pinang! Habis semua tanah rizab orang Melayu dijual. Dorang salah gunakan kuasa yang ada demi wang ringgit.

Jadi siapa yang lagi layak untuk ambil peduli amaran Sultan Perak itu?? Sebelum ini Sultan Nazrin Shah telah menyatakan kebimbangannya tentang gejala rasuah yang semakin kritikal di negara kita ini. 

Kegiatan memberi dan menerima rasuah kini dilihat semakin berani sehingga ada yang melakukannya secara terbuka, terutama sekali bagi golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi. Dalam berpolitik pun banyak… Tambah-tambah dalam DAP. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s