Pemuda MCA Desak Lim Guan Eng Ambil Cuti Sementara

Sejak beberapa ketika ini… Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diasak teruk oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Bukan sahaja kerajaan BN yang mendesak Guan Eng untuk mengambil cuti sementara kerana terlibat dengan dua kes rasuah.

Akan tetapi, ahli DAP sendiri dan yang paling terbaru adalah Pemuda MCA sendiri yang mendesak Guan Eng untuk cuti sementara apabila Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh perbicaraan kes rasuahnya bersama ahli perniagaan Phang Li Koon bermula Mac tahun depan.

Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri, Ang Chor Keong membuat desakan tersebut bagi menjamin pentadbiran negeri Pulau Pinang tidak terus terjejas dibawah tangan si pelaku rasuah tersebut. Bahkan tindakan tersebut bagi menjamin dan menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Guan Eng memang terkenal dengan cara desakannya terhadap pemimpin lain, terutama sekali pemimpin BN. Kalau terlibat dengan kes pasti Guan Eng menjadi orang pertama mendesak individu yang terlibat untuk mengambil cuti.

Jadi sekarang ni bila kena batang hidung sendiri, kenapa Guan Eng masih berkeras?? Sebelum ni mungkin Guan Eng tak perlu ambil cuti kerana tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.. Tapi sekarang sudah ditetapkan tarikhnya, maka Guan Eng perlu mengambil cuti seperti yang kerap disarankannya kepada orang lain.

Tugas Ketua Menteri ni bukan calang-calang tugas yer! Berat tau… Jadi bagi menjamin pertumbuhan ekonomi tidak terjejas dan kebajikan rakyat dipelihara… Guan Eng perlu ambil cuti. Tidak layak bagi Guan Eng untuk terus memerintah sedangkan dirinya terpalit dengan kes rasuah.

Sebelum ini pada 6 Disember yang lalu… Pihak mahkamah telah menetapkan tarikh  34 hari bermula 27 Mac 2017 bagi perbicaraan kes rasuah Guan Eng dan Phang berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menegaskan bahawa tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan mahkamah tidak boleh diubah kerana telah mendapat persetujuan pasukan pendakwaan dan pembelaan.

Mahkamah menetapkan tarikh 27 hingga 31 Mac, 10 hingga 14 April, 24 hingga 28 April, 15 hingga 19 Mei, 29 Mei hingga 2 Jun, 13 hingga 16 Jun dan 17 hingga 21 Julai tahun depan. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s