PAN Hanya Cakap Besar! Tapi Tidak Akan Mampu Tawan Negeri Kelantan & Terengganu!

Setakat berebut untuk menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pun Parti Amanah Negara (PAN) masih gagal… Ada hati nak menakluk negeri konon! Huhhhh! Hakikatnya PAN ni sebenarnya cakap je besar tapi habuk pun takde!

Presiden PAN, Haji Mohamad Sabu kalau boleh keluarkan kenyataan memang tak akan ingat dunia… Rasa macam PAN tu hebat sangat dah! Sehingga mendakwa, PAN pasti akan dapat merampas Kelantan dan Terengganu.

Kononnya jika PAN tidak bertanding, maka Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan parti pembangkang yang lama dan mungkin BN akan menang di Kelantan. Tapi kalau PAN yang bertanding, maka secara automatiknya pasti PAN akan menang dan menjadi pilihan rakyat.

Haha! Macam kelakar pulak kenyataan Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu ni… Akibat kenyataan syok sendiri Mat sabu ini, ramai penganalisis dan pemerhati situasi politik tanah air berasa geli hati. Mana tidaknya, semua orang tahu la tahap kebolehan parti serpihan PAS ni.

Dari mana datangnya keyakinan Mat Sabu ni hingga mendakwa PAN pasti dan seratus peratus yakin boleh menang? Sedangkan jentera dan kekuatan PAN masih di tahap yang teramat lemah. Tengok jela, berapa ramai jentera Pemuda PAN Nasional yang hadir dalam Konvensyen Tahunan Pemuda PAN Peringkat Nasional tempoh hari.

Dengar kata konvensyen terbesar dalam sejarah parti PAN… Tapi orang yang hadir hanyalah kira-kira 50 orang je.. Hahaha! Kesian la! Itu jumlah yang paling maksimum tau… Bukannya paling sedikit. Nampaknya hanya 50 muka-muka ini yang bakal memberi ‘kejayaan’ kepada PAN.

Mampu ke berbekalkan 50 orang ni akan memberi kemenangan kepada PAN dan secara tidak langsung membolehkan PAN  menguasai dua negeri di Pantai Timur? Kalau korang percaya dengan kata-kata Mat sabu ni, Gomez rasa mesti korang tak waras.. Hahaha! Tengok jela kekuatan yang PAN ada, mampu ke dorang nak menang? – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s